{"id":35591,"date":"2026-02-24T02:12:49","date_gmt":"2026-02-24T02:12:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35591"},"modified":"2026-02-24T02:12:49","modified_gmt":"2026-02-24T02:12:49","slug":"wilfred-madius-gesa-semakan-geran-kapitasi-setiap-10-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wilfred-madius-gesa-semakan-geran-kapitasi-setiap-10-tahun\/","title":{"rendered":"Wilfred Madius gesa semakan geran kapitasi setiap 10 tahun"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan sepenuhnya kehendak Perlembagaan, khususnya berkaitan kewangan antara negeri dan Persekutuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata kadar Geran Kapitasi tidak disemak menyeluruh lebih 20 tahun, walaupun kos sara hidup meningkat dan tanggungjawab negeri bertambah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya menyokong agar semakan dibuat setiap 10 tahun selaras dengan banci penduduk,\u201d katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Geran Mengikut Bilangan Orang di Dewan Rakyat semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Madius juga mengingatkan kerajaan supaya mengambil iktibar daripada kegagalan melaksanakan Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112C dan 112D serta Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, yang masih belum dilaksanakan selepas lebih 50 tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menyokong cadangan menaikkan kadar geran kepada 25 peratus bagi membetulkan ketidakseimbangan fiskal. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kekurangan dana di peringkat negeri boleh menunda projek pembangunan dan menimbulkan kos lebih tinggi dalam jangka panjang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Madius turut menggesa supaya formula geran masa depan mengambil kira keluasan geografi, kos penyampaian perkhidmatan dan tahap pembangunan negeri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Walaupun Sabah menerima agihan kedua tertinggi selepas Selangor, ramai rakyat Sabah masih tidak puas hati kerana pemberian itu turut merangkumi individu yang didakwa memperoleh kewarganegaraan melalui \u201cprojek IC\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau merujuk laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah pada 2012, yang mengesahkan isu ini dan mencadangkan syor penyelesaian. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMengapakah syor-syor RCI itu tidak dilaksanakan sehingga kini?\u201d soalnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Madius menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan hak rakyat Sabah selagi isu keadilan perlembagaan dan hak negeri tidak diselesaikan secara tuntas.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan sepenuhnya kehendak Perlembagaan, khususnya berkaitan kewangan antara&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35592,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-35591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35593,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35591\/revisions\/35593"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35592"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}