{"id":35633,"date":"2026-02-26T09:52:39","date_gmt":"2026-02-26T09:52:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35633"},"modified":"2026-02-26T09:52:39","modified_gmt":"2026-02-26T09:52:39","slug":"jumardie-lukman-tegaskan-hak-sabah-selaras-semangat-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jumardie-lukman-tegaskan-hak-sabah-selaras-semangat-persekutuan\/","title":{"rendered":"Jumardie Lukman Tegaskan Hak Sabah Selaras Semangat Persekutuan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman menegaskan bahawa usaha menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan bertujuan untuk memecah-belahkan negara, sebaliknya bertujuan memperkukuh Persekutuan Malaysia secara adil dan berperlembagaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, perjuangan ini selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia yang menekankan perpaduan, saling menghormati dan kerjasama erat antara negeri-negeri dalam persekutuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jumardie menyokong kenyataan hari ini Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Azrul Ibrahim, yang menyeru penegasan hak Sabah, dilihat mampu menguatkan hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung tanpa menimbulkan ketegangan serta demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUsaha ini bukan untuk menimbulkan perpecahan, tetapi untuk memastikan hak-hak negeri Sabah diiktiraf mengikut perlembagaan dan perjanjian yang telah dipersetujui,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menambah, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong wajar dijadikan pedoman dalam menangani isu MA63 yang kerap dibahaskan secara terbuka. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Baginda menekankan bahawa setiap pihak perlu kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia, iaitu membina sebuah negara yang adil, bersatu dan menghormati kepelbagaian. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jumardie berkata, peringatan ini amat tepat pada masanya kerana ia menuntut kebijaksanaan semua pihak dalam menyelesaikan isu MA63 tanpa mengabaikan kepentingan rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dengan penegasan ini, Jumardie berharap rakyat dan pemimpin negeri memahami bahawa menuntut hak Sabah bukanlah ancaman kepada perpaduan negara, sebaliknya langkah penting untuk memastikan persekutuan Malaysia terus kukuh dan adil bagi semua pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman juga menyatakan bahawa tuntutan hak kewangan dan hasil negeri Sabah adalah berasaskan peruntukan sah dalam Perlembagaan serta semangat pembentukan Malaysia, bukannya satu tuntutan baharu atau berlebihan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, isu pemberian khas Persekutuan, pembahagian hasil serta kuasa pentadbiran negeri perlu ditangani secara adil dan berprinsip, memandangkan jurang pembangunan yang masih ketara antara Sabah dan negeri di Semenanjung selepas lebih lima dekad pembentukan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan Sabah dan Sarawak perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk memperkukuh ekonomi negara secara menyeluruh, bukannya beban kewangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita tidak meminta lebih daripada yang sewajarnya. Apa yang diperjuangkan adalah hak yang menjadi asas penyertaan Sabah dalam Malaysia, dan ia perlu ditunaikan demi kesejahteraan rakyat,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Jumardie Lukman menegaskan bahawa usaha menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":12446,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-35633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35634,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35633\/revisions\/35634"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}