{"id":3567,"date":"2021-08-04T01:16:58","date_gmt":"2021-08-04T01:16:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3567"},"modified":"2021-08-04T01:17:38","modified_gmt":"2021-08-04T01:17:38","slug":"polis-terima-206-laporan-berhubung-perhimpuan-ahli-parlimen-pembangkang-kpn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/polis-terima-206-laporan-berhubung-perhimpuan-ahli-parlimen-pembangkang-kpn\/","title":{"rendered":"Polis terima 206 laporan berhubung perhimpuan Ahli Parlimen pembangkang &#8211; KPN"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan oleh Ahli\u00a0Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka semalam susulan penangguhan Sidang Khas Parlimen.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata\u00a0satu kertas siasatan telah dibuka\u00a0bagi kesemua laporan yang diterima dan\u00a0individu yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu katanya\u00a0polis\u00a0meminta semua individu yang terlibat dalam perhimpunan itu supaya memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_432751219150\" data-url=\"https:\/\/psp.penang.my\/\" data-photoid=\"567\" data-name=\"300x250BM_am.jpg\">\u201cKes disiasat di bawah\u00a0Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U (A) 293), Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan juga Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736),\u201d katanya dalam kenyataan malam tadi.<\/a><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata pihaknya mengambil maklum bahawa pada 30 Julai lepas, Setiausaha Dewan Rakyat telah mengemukakan pemberitahuan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Acryl Sani berkata\u00a0penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19, dan\u00a0kementerian berkenaan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan wabak itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata pada 1 Ogos lepas\u00a0pihaknya telah menerima maklumat bahawa satu perhimpunan akan diadakan di kawasan Parlimen pada 2 Ogos 2021.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cMengambil kira bahawa pada tarikh berkenaan tiada sidang Parlimen berlangsung kerana sidang telah ditangguhkan dan tiada kewajaran untuk ahli-ahli Dewan Rakyat berada di Parlimen, maka pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perhimpunan daripada diadakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelasnya\u00a0tindakan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U (A) 293), bertarikh 4 Julai 2021, dan\u00a0berhimpun serta berarak merupakan aktiviti yang dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.<\/p>\n<p>Semalam\u00a0Bernama melaporkan polis telah menghalang cubaan\u00a0Ahli\u00a0Parlimen pembangkang memasuki perkarangan bangunan Parlimen\u00a0bagi\u00a0mendesak supaya sidang khas disambung walaupun sidang itu\u00a0telah ditangguhkan\u00a0atas nasihat KKM berikutan penularan COVID-19.<\/p>\n<p>Kumpulan itu bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan oleh pihak polis, tetapi berlaku banyak perlanggaran prosedur operasi standard (SOP)\u00a0khususnya berkaitan penjarakan fizikal, ketika perarakan dan ketika mereka berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak menuju ke Parlimen.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan oleh Ahli\u00a0Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka semalam susulan penangguhan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3568,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-3567","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3567","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3567"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3570,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3567\/revisions\/3570"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}