{"id":35808,"date":"2026-03-07T02:31:34","date_gmt":"2026-03-07T02:31:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35808"},"modified":"2026-03-07T02:31:34","modified_gmt":"2026-03-07T02:31:34","slug":"8-lelaki-ditahan-bergaduh-di-bazar-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/8-lelaki-ditahan-bergaduh-di-bazar-ramadan\/","title":{"rendered":"8 lelaki ditahan bergaduh di bazar Ramadan"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Kekecohan tercetus di Bazar Ramadan Sabindo Plaza di sini selepas sekumpulan lelaki dipercayai bergaduh sehingga menimbulkan kegusaran orang awam.<\/p>\n<p>Dalam kejadian semalam, polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing berusia antara 17 hingga 34 tahun kerana dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian itu dikesan selepas video berdurasi kira-kira 20 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki tular di WhatsApp.<\/p>\n<p>Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan operasi sebelum menahan lima lelaki kira-kira 9 malam di tepi Jalan Taman Kuhara Jaya.<\/p>\n<p>\u201cDalam tangkapan itu, polis turut merampas seutas rantai motosikal yang diubah suai dan dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua kumpulan lelaki sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan bazar.<\/p>\n<p>Katanya, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki kira-kira 9.30 malam di hadapan sebuah premis di Kampung Batu 2, Jalan Apas selepas dipercayai turut terbabit.<\/p>\n<p>\u201cSemakan awal mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.<\/p>\n<p>\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek berbahaya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jasmin berkata, polis memandang serius kejadian pergaduhan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam terutama di kawasan tumpuan ramai.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang provokasi atau pergaduhan kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kekecohan tercetus di Bazar Ramadan Sabindo Plaza di sini selepas sekumpulan lelaki dipercayai bergaduh sehingga menimbulkan kegusaran orang awam&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35809,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-35808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35810,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35808\/revisions\/35810"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}