{"id":35989,"date":"2026-03-15T04:41:02","date_gmt":"2026-03-15T04:41:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35989"},"modified":"2026-03-15T04:41:46","modified_gmt":"2026-03-15T04:41:46","slug":"wanita-grs-perlu-bersatu-elak-perpecahan-dalam-organisasi-azizah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wanita-grs-perlu-bersatu-elak-perpecahan-dalam-organisasi-azizah\/","title":{"rendered":"Wanita GRS perlu bersatu, elak perpecahan dalam organisasi &#8211; Azizah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun mengingatkan kepimpinan Wanita supaya terus memperkukuh perpaduan dalam organisasi serta mengelakkan sikap berpuak-puak yang boleh menjejaskan kekuatan parti.<\/p>\n<p>Beliau berkata jentera Wanita GRS perlu bergerak sebagai satu pasukan dan mengambil iktibar daripada pengalaman lalu bagi memastikan perpaduan terus diperkukuh.<\/p>\n<p>\u201cGRS khususnya jentera Wanita perlu bergerak sebagai satu pasukan dan mengelakkan sikap berpuak-puak yang boleh membawa kepada perpecahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azizah berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS yang diadakan di Kota Kinabalu di sini semalam.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebagai parti gabungan tempatan yang menerajui kerajaan negeri, GRS perlu menunjukkan kekuatan organisasi yang setanding dengan parti-parti nasional.<\/p>\n<p>Katanya, kepimpinan wanita juga perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi bagi mencari penyelesaian terbaik dalam memperkukuh peranan wanita dalam parti.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau menekankan kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan pemimpin wanita bagi memastikan maklumat berkaitan dasar kerajaan dan inisiatif bantuan kepada rakyat dapat disampaikan dengan berkesan.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa jentera Wanita GRS supaya terus mendekati masyarakat serta turun padang bagi memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Selepas mesyuarat tersebut, pimpinan Wanita GRS turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama Jawatankuasa Tertinggi Wanita GRS.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun mengingatkan kepimpinan Wanita supaya terus memperkukuh perpaduan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35990,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-35989","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35989","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35989"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35989\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35992,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35989\/revisions\/35992"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35990"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35989"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35989"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35989"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}