{"id":36233,"date":"2026-03-28T07:38:09","date_gmt":"2026-03-28T07:38:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=36233"},"modified":"2026-03-28T07:38:09","modified_gmt":"2026-03-28T07:38:09","slug":"sabah-berdaulat-tiada-asas-hidupkan-semula-tuntutan-manila-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-berdaulat-tiada-asas-hidupkan-semula-tuntutan-manila-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah berdaulat, tiada asas hidupkan semula tuntutan Manila &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan tiada asas untuk menghidupkan semula tuntutan Manila ke atas Sabah seperti yang dibangkitkan seorang senator Filipina baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Sabah adalah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan sebarang cubaan mengaitkan isu itu dengan krisis tenaga semasa tidak wajar dijadikan alasan untuk membangkitkan semula tuntutan lapuk.<\/p>\n<p>\u201cSabah adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan tidak patut dipertikaikan.<\/p>\n<p>\u201cTidak perlu menjadikan perkara ini isu atau menggunakan krisis tenaga semasa untuk menghidupkan semula tuntutan lama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir di tengah-tengah reaksi pelbagai pihak di Sabah yang menolak sekeras-kerasnya cubaan membangkitkan semula isu tuntutan terhadap negeri itu.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hajiji turut menyeru rakyat terus memelihara keharmonian dan perpaduan agar Sabah kekal aman.<\/p>\n<p>\u201cHarapan kami agar semua orang hidup dalam keharmonian supaya kita dapat terus meraikan semua majlis perayaan dengan aman,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Majlis rumah terbuka berkenaan dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung dan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.<\/p>\n<p>Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, serta anggota Kabinet negeri.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Hajiji bersama Juliah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif, menyampaikan duit raya kepada golongan asnaf sebelum beramah mesra dengan pengunjung.<\/p>\n<p>Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuk nyanyian Marsha Milan Londoh.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan tiada asas untuk menghidupkan semula tuntutan Manila ke atas&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":36234,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-36233","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36233","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36233"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36233\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36235,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36233\/revisions\/36235"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36234"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36233"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36233"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36233"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}