{"id":36308,"date":"2026-04-02T04:31:09","date_gmt":"2026-04-02T04:31:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=36308"},"modified":"2026-04-02T04:31:09","modified_gmt":"2026-04-02T04:31:09","slug":"amanah-jawatan-untuk-berkhidmat-bukan-sekadar-gelaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/amanah-jawatan-untuk-berkhidmat-bukan-sekadar-gelaran\/","title":{"rendered":"Amanah jawatan untuk berkhidmat, bukan sekadar gelaran"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan setiap jawatan yang disandang dalam sektor awam adalah amanah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sekadar gelaran.<\/p>\n<p>Beliau berkata, semua pihak perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan pekebun kecil dan komuniti luar bandar.<\/p>\n<p>\u201cJangan kita berbangga dengan jawatan, tetapi gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Amanah kita adalah untuk memastikan rakyat dilayani sebaik mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah baharu LIGS di Wisma Pertanian.<\/p>\n<p>Jamawi berkata, beliau turut memantau aduan rakyat termasuk melalui media sosial dan memastikan tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ambil tangkap layar aduan di Facebook dan hantar kepada pengurusan. Keesokannya, tindakan terus dilaksanakan. Kita bekerja untuk rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pelantikan baharu dalam LIGS perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh peranan organisasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kebanyakan rakyat luar bandar hanya memerlukan kemudahan asas seperti jalan yang baik dan kemudahan yang sempurna.<\/p>\n<p>\u201cMereka tidak minta perkara besar, tetapi perkara asas. Itu yang perlu kita beri perhatian,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan setiap jawatan yang disandang dalam sektor awam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":36309,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-36308","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36308"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36308\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36310,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36308\/revisions\/36310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}