{"id":36322,"date":"2026-04-03T03:38:17","date_gmt":"2026-04-03T03:38:17","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=36322"},"modified":"2026-04-03T03:52:28","modified_gmt":"2026-04-03T03:52:28","slug":"pemanduan-mabuk-isu-keselamatan-awam-serius-kata-pakar-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemanduan-mabuk-isu-keselamatan-awam-serius-kata-pakar-ums\/","title":{"rendered":"Pemanduan mabuk isu keselamatan awam serius, kata pakar UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk yang terus berlaku membuktikan isu itu bukan lagi kes terpencil, sebaliknya masalah keselamatan awam yang memerlukan tindakan lebih menyeluruh, kata seorang pakar kesihatan awam.<\/p>\n<p>Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Abdul Rahman Ramdzan, berkata setiap kes membabitkan kehilangan nyawa membawa kesan besar kepada keluarga, selain mencerminkan kegagalan mencegah tingkah laku berisiko di jalan raya.<\/p>\n<p>\u201cDi sebalik setiap laporan, ada kisah menyayat hati melibatkan kehilangan insan tersayang seperti bapa, suami atau ibu yang tidak pulang ke rumah.<\/p>\n<p>\u201cKematian akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah tidak wajar dilihat sebagai kemalangan semata-mata,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengambilan alkohol menjejaskan pertimbangan, melambatkan tindak balas dan meningkatkan risiko kemalangan maut.<\/p>\n<p>Katanya, dari sudut kesihatan awam, pemanduan mabuk dikenal pasti sebagai antara faktor utama kecederaan dan kematian di jalan raya di seluruh dunia.<\/p>\n<p>\u201cBeban bukan sahaja dari segi kematian, malah mangsa yang terselamat berdepan kecacatan kekal, manakala keluarga pula menanggung trauma emosi dan kesukaran kewangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abdul Rahman berkata, pendekatan menangani isu itu tidak boleh bergantung kepada hukuman semata-mata, walaupun Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini menunjukkan hukuman sahaja tidak mencukupi tanpa strategi pencegahan yang lebih menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, langkah pencegahan perlu dilaksanakan di pelbagai peringkat, termasuk mengawal akses kepada alkohol, meningkatkan kesedaran awam, memperkasa penguatkuasaan seperti ujian pernafasan rawak dan penggantungan lesen, serta menyediakan rawatan pemulihan kepada individu yang mempunyai masalah ketagihan.<\/p>\n<p>Menurutnya, perubahan sikap masyarakat juga penting supaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol dilihat bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi tidak boleh diterima secara sosial.<\/p>\n<p>Beliau turut mencadangkan supaya mekanisme pampasan kepada mangsa dan keluarga diperluas agar pesalah memikul tanggungjawab lebih menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cTiada keluarga sepatutnya menanggung akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab orang lain,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk yang terus berlaku membuktikan isu itu bukan lagi kes terpencil, sebaliknya masalah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":36325,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-36322","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36322"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36324,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36322\/revisions\/36324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36325"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}