{"id":3644,"date":"2021-08-06T10:16:48","date_gmt":"2021-08-06T10:16:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3644"},"modified":"2021-08-06T10:16:56","modified_gmt":"2021-08-06T10:16:56","slug":"noraini-letak-jawatan-menteri-pengajian-tinggi-serta-merta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/noraini-letak-jawatan-menteri-pengajian-tinggi-serta-merta\/","title":{"rendered":"Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi serta-merta"},"content":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta.<\/p>\n<p>Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatan itu dibuat berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, berdasarkan keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta,&#8221; katanya dalam kenyataan, dalam laporan Berita Harian hari ini.<\/p>\n<p>MKT UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri&#8217;ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.<\/p>\n<p>Noraini berkata, beliau percaya semua pihak sudah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.<\/p>\n<p>Beliau berkata, usaha itu akan diteruskannya walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantunya melaksanakan tugas.<\/p>\n<p>&#8220;Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua,&#8221; katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta. Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3645,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-3644","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3646,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3644\/revisions\/3646"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}