{"id":3761,"date":"2021-08-23T11:50:17","date_gmt":"2021-08-23T11:50:17","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3761"},"modified":"2021-08-23T11:50:17","modified_gmt":"2021-08-23T11:50:17","slug":"warisan-gesa-tawaran-kerjasama-lebih-luas-darell-leiking","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warisan-gesa-tawaran-kerjasama-lebih-luas-darell-leiking\/","title":{"rendered":"WARISAN gesa tawaran kerjasama lebih luas &#8211; Darell Leiking"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menggesa tawaran dan bentuk kerjasama yang lebih luas diberikan kerajaan kepada parti pembangkang.<\/p>\n<p>Timbalan Presidennya, Datuk Darell Leiking berkata, tawaran yang diberikan kerajaan pada masa ini hanya terhad kepada penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.<\/p>\n<p>Katanya, pada masa ini tawaran yang diberikan hanya sekadar pelawaan tanpa maklumat lanjut.<\/p>\n<p>&#8220;Kami merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu teruskan tujuh tawaran yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerjasama rentas parti yang pernah ditawarkan berikutan krisis politik,&#8221; katanya kepada BH, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas tawaran penyertaan kepemimpinan pembangkang dalam MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.<\/p>\n<p>Semalam, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti kerana kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, Yang di-Pertuan Agong sudah menitahkan supaya semua ketua parti politik melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat ketika sesi menghadap baru-baru ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Leiking turut setuju jika usul undi percaya kepada kepemimpinan Ismail Sabri dibentangkan di Parlimen.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam keadaan sekarang, kedudukan Ismail Sabri juga tidak kukuh kerana majoritinya sedikit saja, jadi perlu keabsahanannya dibuktikan di Parlimen supaya tidak berbangkit lagi isu menggugat kedudukannya di masa depan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menggesa tawaran dan bentuk kerjasama yang lebih luas diberikan kerajaan kepada parti pembangkang. Timbalan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3762,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-3761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3763,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3761\/revisions\/3763"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3762"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}