{"id":38390,"date":"2026-08-01T11:08:14","date_gmt":"2026-08-01T03:08:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=38390"},"modified":"2026-08-01T11:08:17","modified_gmt":"2026-08-01T03:08:17","slug":"ingat-kereta-hilang-rupa-rupanya-kena-tunda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ingat-kereta-hilang-rupa-rupanya-kena-tunda\/","title":{"rendered":"\u2018Ingat kereta hilang, rupa-rupanya kena tunda\u2019"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Seorang lelaki mendakwa melalui pengalaman yang tidak disangka apabila menyangka keretanya hilang sebelum mengetahui ia sebenarnya ditunda oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dalam kejadian di Karamunsing, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkongsian individu yang menggunakan nama <strong>KK Viral<\/strong> di TikTok itu menjadi tular selepas beliau memuat naik video menceritakan pengalaman berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam video itu, beliau mendakwa meletakkan kereta di kawasan Karamunsing sebelum keluar menyelesaikan urusan. Namun apabila kembali, kenderaan miliknya sudah tiada.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pada mulanya bercadang membuat laporan polis kerana menyangka kereta dicuri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya baru saja pergi Karamunsing, kemudian balik tengok kereta sudah tiada. Saya ingat mahu pergi balai polis buat laporan, tetapi terfikir mungkin DBKK sudah tunda,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, beliau kemudian berjalan kaki dari Karamunsing ke depoh DBKK sambil membawa sebuah unit pemproses komputer (CPU) sebelum mendapati keretanya memang ditunda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mendakwa caj tuntutan sebanyak RM350 membebankan kerana wang berkenaan diperuntukkan untuk keperluan keluarganya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa sama, beliau mencadangkan supaya DBKK mempertimbangkan kaedah lain terhadap kesalahan parkir seperti menggunakan alat pengunci tayar bagi kes tertentu berbanding terus menunda kenderaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, pendekatan sedemikian boleh mengurangkan kesulitan kepada pemilik kenderaan yang masih mempunyai barangan penting di dalam kereta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dengan ada yang bersimpati terhadap pengalaman dikongsikan, manakala sebahagian lagi berpandangan tindakan penguatkuasaan perlu diterima sekiranya berlaku pelanggaran peraturan parkir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Setakat berita ini ditulis, DBKK belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video tular berkenaan.<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seorang lelaki mendakwa melalui pengalaman yang tidak disangka apabila menyangka keretanya hilang sebelum mengetahui ia sebenarnya ditunda oleh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":38391,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-38390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38390"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38392,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38390\/revisions\/38392"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38391"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}