{"id":38489,"date":"2026-08-05T10:54:38","date_gmt":"2026-08-05T02:54:38","guid":{"rendered":"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=38489"},"modified":"2026-08-05T11:04:02","modified_gmt":"2026-08-05T03:04:02","slug":"jalan-rosak-paksa-penduduk-guna-laluan-estet-bimbang-kecemasan-berulang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jalan-rosak-paksa-penduduk-guna-laluan-estet-bimbang-kecemasan-berulang\/","title":{"rendered":"Jalan rosak paksa penduduk guna laluan estet, bimbang kecemasan berulang"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PAITAN:<\/strong> Penduduk Kampung Tangkarason di kawasan Sugut dekat sini merayu kerajaan negeri segera menaik taraf jalan kampung yang menghubungkan Kampung Tangkarason, Kampung Bawang dan jalan utama selepas mendakwa laluan berkenaan sudah bertahun-tahun tidak diselenggara sehingga sukar dilalui.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jurucakap penduduk, Mosingkan Matahu, berkata keadaan jalan yang rosak dan tidak ditabur batu menyebabkan penduduk tiada pilihan selain menggunakan laluan sebuah estet untuk keluar masuk dari kampung. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-greenshift-blocks-image gspb_image gspb_image-id-gsbp-4706b51\" id=\"gspb_image-id-gsbp-4706b51\"><img data-src=\"\" loading=\"lazy\" width=\"\" height=\"\"\/><\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-greenshift-blocks-image gspb_image gspb_image-id-gsbp-44ba0f7\" id=\"gspb_image-id-gsbp-44ba0f7\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/d4a616b2-6800-47ae-adf9-3a0d68ac2913-e1785893604419.jpeg\" data-src=\"\" alt=\"\" loading=\"lazy\" width=\"800\" height=\"600\"\/><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, penduduk asal Kampung Tangkarason tidak dikenakan bayaran menggunakan laluan estet, namun ahli keluarga atau individu luar yang tidak dikenali pihak pengurusan estet didakwa dikenakan caj RM10 setiap kali masuk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMasalah utama bukan soal bayaran semata-mata, tetapi jika ahli keluarga datang dari luar dan tidak dikenali, mereka tetap dikenakan bayaran untuk masuk ke kampung,\u201d katanya ketika membuat aduan kepada Sabah News Today.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, laluan estet itu juga hanya dibuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya berlaku kecemasan pada lewat malam.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-greenshift-blocks-image gspb_image gspb_image-id-gsbp-b90da9c\" id=\"gspb_image-id-gsbp-b90da9c\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/bdeebbf7-9a58-4bff-a1ba-3098bbd3e626-e1785893686865.jpeg\" data-src=\"\" alt=\"\" loading=\"lazy\"\/><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mendakwa pernah berlaku kejadian apabila adiknya jatuh sakit sekitar tengah malam dan perlu dihantar ke Hospital Pitas, namun mereka tidak dapat keluar kerana pintu laluan estet sudah ditutup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDisebabkan terpaksa menunggu sehingga pintu dibuka pada waktu pagi, rawatan menjadi lewat dan akhirnya adik saya meninggal dunia,\u201d dakwanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, Mosingkan berkata, penduduk yang ingin menjual hasil sawit ke kilang selain Kilang Kelapa Sawit Meridian turut berdepan kekangan kerana perlu mendapatkan kebenaran untuk menggunakan laluan estet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, masalah itu tidak akan berlaku sekiranya jalan kampung dinaik taraf dan boleh digunakan semula sebagai laluan utama penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kawasan berkenaan turut mempunyai kemudahan awam termasuk Klinik Kesihatan Tangkarason, Sekolah Kebangsaan Tangkarason dan Sekolah Kebangsaan Bawang, selain pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga yang menggunakan laluan sama setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta wakil rakyat kawasan ADUN Sugut dan Parlimen Beluran dapat memberi perhatian segera terhadap masalah berkenaan demi keselamatan dan kebajikan penduduk.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAITAN: Penduduk Kampung Tangkarason di kawasan Sugut dekat sini merayu kerajaan negeri segera menaik taraf jalan kampung yang menghubungkan Kampung&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":38487,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"#gspb_image-id-gsbp-44ba0f7 img,#gspb_image-id-gsbp-b90da9c img{vertical-align:top;display:inline-block;box-sizing:border-box;max-width:100%;height:auto}","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-38489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38489"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38494,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38489\/revisions\/38494"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38487"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}