{"id":38617,"date":"2026-08-09T10:48:03","date_gmt":"2026-08-09T02:48:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=38617"},"modified":"2026-08-09T10:48:14","modified_gmt":"2026-08-09T02:48:14","slug":"129492-pelancong-bukti-keyakinan-terhadap-ess-zone","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/129492-pelancong-bukti-keyakinan-terhadap-ess-zone\/","title":{"rendered":"129,492 pelancong bukti keyakinan terhadap ESS Zone"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SANDAKAN:<\/strong> Kerajaan mahu perwakilan asing melihat sendiri keadaan keselamatan semasa di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone), susulan nasihat perjalanan yang dikenakan sesetengah negara selepas insiden Lahad Datu 13 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu dilakukan menerusi Program Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing ke ESS Zone 2026 yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing dari 11 negara serta Delegasi Kesatuan Eropah. Program itu kini memasuki penganjuran tahun ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Saifuddin, delegasi asing bukan sahaja dibawa meninjau kawasan berkenaan, malah berpeluang mendapatkan penjelasan mengenai tahap komitmen kerajaan terhadap keselamatan, penglibatan masyarakat tempatan, operasi penguatkuasaan ESSCOM dan ancaman yang masih berpotensi berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerajaan berharap pemerhatian secara langsung itu membolehkan delegasi membawa pulang maklumat yang tepat dan seimbang kepada kerajaan masing-masing. \u201cDiharapkan pada akhir lawatan ini kita dapat memperoleh kerjasama mereka untuk menyampaikan maklumat yang tepat, berfakta dan seimbang mengenai situasi sebenar ESS Zone, khususnya dari aspek keselamatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Delegasi turut dibawa ke Pulau Bakkungan Kecil, Pulau Selingan, Rainforest Discovery Centre, Bornean Sun Bear Conservation Centre, Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre dan Agnes Keith House. Menurut Saifuddin, lawatan itu dirangka untuk menunjukkan ESS Zone bukan hanya mengenai keselamatan, tetapi turut memiliki biodiversiti dan potensi pelancongan yang besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saifuddin berkata, 129,492 pelancong mengunjungi ESS Zone setakat Jun tahun ini. Sekiranya trend itu berterusan, katanya, peningkatan ketibaan pelancong boleh menjadi petunjuk keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan serta potensi pelancongan kawasan berkenaan semakin meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tempoh enam bulan pertama 2026, pihak berkuasa turut menjalankan 897,293 pemeriksaan, dengan 307 tangkapan dan 38 rampasan bernilai RM23.37 juta direkodkan. Saifuddin berkata statistik berkenaan mencerminkan usaha berterusan anggota keselamatan dalam memastikan kedaulatan negara dan keselamatan ESS Zone terus terpelihara.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Kerajaan mahu perwakilan asing melihat sendiri keadaan keselamatan semasa di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone), susulan nasihat perjalanan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":38618,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-38617","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38617","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38617"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38617\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38619,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38617\/revisions\/38619"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38618"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38617"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38617"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38617"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}