{"id":38712,"date":"2026-08-12T17:01:51","date_gmt":"2026-08-12T09:01:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=38712"},"modified":"2026-08-12T17:02:21","modified_gmt":"2026-08-12T09:02:21","slug":"kerajaan-bawa-diplomat-asing-lihat-sendiri-keselamatan-pantai-timur-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-bawa-diplomat-asing-lihat-sendiri-keselamatan-pantai-timur-sabah\/","title":{"rendered":"Kerajaan bawa diplomat asing lihat sendiri keselamatan pantai timur Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA BHARU:<\/strong> Kerajaan membawa duta dan perwakilan asing meninjau sendiri kawasan pantai timur Sabah dalam usaha memulihkan keyakinan antarabangsa terhadap tahap keselamatan wilayah itu selepas hampir 13 tahun insiden pencerobohan Lahad Datu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesan insiden berkenaan bukan sahaja dirasai penduduk tempatan, malah turut menjejaskan sektor pelancongan apabila beberapa negara mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, program membawa perwakilan asing ke pantai timur Sabah yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai tahap keselamatan semasa, sekali gus membuka ruang supaya nasihat perjalanan berkenaan dapat dinilai semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSejak kita mulakan, ini tahun ketiga, beberapa negara telah meneliti semula nasihat perjalanan kepada rakyat mereka,\u201d katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saifuddin berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), yang menggabungkan tiga pasukan keselamatan serta meliputi 10 daerah keselamatan, antara langkah penting dalam memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan terkawal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, duta dan perwakilan asing dibawa mengikuti program selama tiga hari dua malam termasuk mengunjungi kawasan hutan dan pulau bagi membolehkan mereka melihat sendiri situasi keselamatan di pantai timur Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, Amerika Syarikat dan Jepun antara negara yang sudah meneliti semula nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing, manakala pelancong China merupakan antara pengunjung utama ke pantai timur Sabah, diikuti pelancong dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata usaha itu sudah menunjukkan kesan apabila ketibaan pelancong ke pantai timur Sabah mencatat peningkatan ketara sepanjang tiga tahun pelaksanaan program berkenaan, sekali gus berpotensi memberikan limpahan ekonomi lebih besar kepada Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BERNAMA <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Kerajaan membawa duta dan perwakilan asing meninjau sendiri kawasan pantai timur Sabah dalam usaha memulihkan keyakinan antarabangsa terhadap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":38713,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-38712","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38712","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38712"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38712\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38716,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38712\/revisions\/38716"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38713"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38712"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38712"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38712"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}