{"id":38881,"date":"2026-08-17T06:15:47","date_gmt":"2026-08-16T22:15:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=38881"},"modified":"2026-08-17T06:17:07","modified_gmt":"2026-08-16T22:17:07","slug":"tinggalkan-politik-kaum-agama-bersaing-atas-dasar-dan-prestasi-mustapha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tinggalkan-politik-kaum-agama-bersaing-atas-dasar-dan-prestasi-mustapha\/","title":{"rendered":"Tinggalkan politik kaum, agama, bersaing atas dasar dan prestasi \u2013 Mustapha"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Parti politik di negara ini perlu meninggalkan politik berasaskan sentimen kaum dan agama, sebaliknya bersaing melalui dasar, prestasi serta kemampuan meningkatkan kehidupan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, politik yang menakutkan satu kaum terhadap kaum lain atau menjadikan agama sebagai garis pemisah hanya akan memecah-belahkan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) itu, peralihan daripada politik identiti kepada politik prestasi antara perkara yang ditekankan pada Kongres Nasional PKR 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDi Sabah, kepelbagaian kaum, agama dan budaya adalah kekuatan. Persoalan rakyat hari ini bukan siapa datang daripada kaum atau agama mana, tetapi siapa mampu menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka,\u201d katanya menerusi hantaran Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata PKR Sabah mahu pendekatan ekonomi berasaskan keperluan (needs-based economy<strong>)<\/strong> diperkukuh supaya dasar dan bantuan kerajaan ditentukan berdasarkan keperluan sebenar rakyat, tahap pendapatan, jurang pembangunan serta realiti geografi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, pendekatan itu penting bagi Sabah khususnya dalam menangani isu subsidi bahan api, pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik, jalan raya, Internet serta pembangunan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata prinsip sama menjadi asas PKR Sabah meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula kuota diesel dan petrol supaya lebih sesuai dengan keperluan rakyat di Borneo.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha turut menyifatkan peningkatan Pemberian Khas Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion di bawah Kerajaan MADANI sebagai contoh menangani ketidakseimbangan pembangunan melalui dasar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, katanya, penyelesaian tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah perlu terus menjadi keutamaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Parti politik di negara ini perlu meninggalkan politik berasaskan sentimen kaum dan agama, sebaliknya bersaing melalui dasar, prestasi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":38882,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-38881","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38881","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38881"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38881\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38885,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38881\/revisions\/38885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38882"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38881"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38881"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38881"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}