{"id":39012,"date":"2026-08-21T13:49:16","date_gmt":"2026-08-21T05:49:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39012"},"modified":"2026-08-21T13:49:24","modified_gmt":"2026-08-21T05:49:24","slug":"jerebu-nres-sedia-bawa-sambutan-hkhm-2026-ke-jemaah-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jerebu-nres-sedia-bawa-sambutan-hkhm-2026-ke-jemaah-menteri\/","title":{"rendered":"Jerebu: NRES sedia bawa sambutan HKHM 2026 ke Jemaah Menteri"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>GERIK:<\/strong> Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan membawa perkara berkaitan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 ke perhatian Jemaah Menteri sekiranya keadaan jerebu di negara ini semakin membimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu bagi membolehkan keputusan sewajarnya dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan orang ramai memandangkan kedua-dua sambutan berkenaan membabitkan pergerakan ramai serta aktiviti luar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan keadaan cuaca ketika sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kerana ramalan lebih tepat hanya dapat dibuat empat atau lima hari sebelum tarikh berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMaka kita akan sentiasa memantau tetapi sekiranya keadaan ini merisaukan, saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Jemaah Menteri untuk kita buat keputusan kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada asasnya keutamaan adalah sentiasa untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai,\u201d katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Pengiktirafan ASEAN serta Asia Records Banding Trail Adventure 2026 (BTA2026) di Pulau Banding, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Arthur berkata pendekatan sama akan diambil bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 September, namun berharap keadaan cuaca bertambah baik supaya kedua-dua sambutan dapat berlangsung seperti dirancang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, berdasarkan laporan awal hari ini daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara seluruh negara, tiga mencatatkan tahap baik, 56 sederhana, lapan tidak sihat dan satu sangat tidak sihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kawasan yang paling terjejas ketika ini adalah di selatan Sarawak berikutan kedudukannya yang berhampiran Kalimantan, manakala kebanyakan titik panas dikesan di Kalimantan dan Sumatera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lapan stesen di Sarawak berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman, Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Bintulu, Samalaju dan Kapit, manakala stesen di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan tahap sangat tidak sihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Arthur berkata NRES bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut meningkatkan pemantauan susulan cuaca lebih kering serta peningkatan titik panas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerjasama dengan negara ASEAN termasuk Indonesia turut dipertingkatkan bagi memantau kawasan titik panas dan berkongsi ruang udara sekiranya operasi pembenihan awan perlu dilaksanakan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GERIK: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan membawa perkara berkaitan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":39013,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-39012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39014,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39012\/revisions\/39014"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}