{"id":39034,"date":"2026-08-22T09:26:52","date_gmt":"2026-08-22T01:26:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39034"},"modified":"2026-08-22T09:26:57","modified_gmt":"2026-08-22T01:26:57","slug":"masiung-gesa-kawalan-pintu-masuk-sabah-diperketat-bendung-dadah-blackout","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/masiung-gesa-kawalan-pintu-masuk-sabah-diperketat-bendung-dadah-blackout\/","title":{"rendered":"Masiung gesa kawalan pintu masuk Sabah diperketat bendung dadah \u2018blackout\u2019"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Pihak berkuasa digesa memperketat kawalan di semua pintu masuk Sabah bagi menghalang kemasukan dadah sintetik baharu dikenali sebagai \u201cblackout\u201d atau \u201czombi\u201d, kata ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata walaupun setakat ini belum ada laporan kes membabitkan bahan itu di Sabah, langkah pencegahan perlu dilakukan lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu meningkatkan pemantauan di pintu masuk serta kawasan sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masiung berkata berdasarkan laporan AADK yang dirujuknya, dadah berkenaan didakwa 100 kali lebih kuat daripada morfin dan sudah dikesan memasuki pasaran gelap di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cCecair terlarang itu bukan sahaja boleh dijadikan perisa vape, tetapi turut dicampurkan dalam minuman atau makanan selain dititiskan pada batang rokok sebelum disedut,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata penggunaan bahan itu dalam dos tinggi boleh menyebabkan pengguna terlalu khayal, pasif dan tidak sedarkan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, bahan berkenaan turut dikaitkan dengan campuran ketamin dan bahan psikotropik yang boleh memberi kesan serius terhadap sistem saraf serta fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masiung tidak menolak kemungkinan dadah sintetik itu diproses atau diedarkan oleh sindiket antarabangsa dan tempatan untuk pasaran gelap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, sindiket mungkin menggunakan pelbagai kaedah termasuk laluan laut dan udara, penghantaran pos serta platform dalam talian untuk mengelakkan pengesanan pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata penguatkuasaan awal penting bagi memastikan ancaman dadah sintetik baharu itu tidak menular ke Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pihak berkuasa digesa memperketat kawalan di semua pintu masuk Sabah bagi menghalang kemasukan dadah sintetik baharu dikenali sebagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24254,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39034","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39034","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39034"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39034\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39035,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39034\/revisions\/39035"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39034"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39034"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39034"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}