{"id":39071,"date":"2026-08-24T08:13:55","date_gmt":"2026-08-24T00:13:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39071"},"modified":"2026-08-24T08:13:59","modified_gmt":"2026-08-24T00:13:59","slug":"tambang-penerbangan-sabah-sarawak-dibawa-ke-kabinet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tambang-penerbangan-sabah-sarawak-dibawa-ke-kabinet\/","title":{"rendered":"Tambang penerbangan Sabah, Sarawak dibawa ke Kabinet"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Isu kenaikan harga tiket penerbangan yang membebankan rakyat Sabah dan Sarawak kini dibawa ke peringkat Kabinet bagi mencari penyelesaian lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara itu sudah dibangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu selepas menerima pelbagai aduan berhubung kenaikan tambang penerbangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mengenal pasti kaedah terbaik menangani isu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMemang kita menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan harga tambang penerbangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita akan meneliti aduan ini supaya kita dapat mencari kaedah bersama-sama syarikat penerbangan untuk mengurangkannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata, antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada kenaikan tambang ialah peningkatan kos operasi syarikat penerbangan susulan krisis bekalan tenaga global.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak boleh dibiarkan terus membebankan rakyat Sabah dan Sarawak yang bergantung kepada pengangkutan udara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kerajaan turut memberi perhatian khusus kepada pelajar yang bakal mendaftar di institusi pengajian tinggi dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada September ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerjasama akan dilakukan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengenal pasti pelajar yang benar-benar memerlukan penerbangan untuk menyambung pengajian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMana-mana yang ada kaitan dengan penerbangan, kita minta senarainya dan kita lihat supaya dibentangkan di Kabinet agar kerajaan dapat membuat keputusan untuk mempermudah urusan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Senarai pelajar berkenaan akan dibawa ke Kabinet untuk penelitian sebelum kerajaan menentukan langkah bersesuaian bagi membantu mengurangkan beban perjalanan mereka.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Isu kenaikan harga tiket penerbangan yang membebankan rakyat Sabah dan Sarawak kini dibawa ke peringkat Kabinet bagi mencari&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":38995,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-39071","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39071","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39071"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39071\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39072,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39071\/revisions\/39072"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38995"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39071"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39071"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39071"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}