{"id":39162,"date":"2026-08-28T10:41:33","date_gmt":"2026-08-28T02:41:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39162"},"modified":"2026-08-28T10:42:10","modified_gmt":"2026-08-28T02:42:10","slug":"ai-boleh-jadi-ancaman-jika-disalah-guna-jeffrey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ai-boleh-jadi-ancaman-jika-disalah-guna-jeffrey\/","title":{"rendered":"AI boleh jadi ancaman jika disalah guna"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAMBUNAN:<\/strong> Masyarakat perlu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara bijak dan bertanggungjawab kerana kemajuan teknologi itu juga boleh membawa ancaman sekiranya disalahgunakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Parlimen Tambunan, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, ancaman masa kini bukan lagi hanya berbentuk fizikal, sebaliknya turut boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat melalui telefon pintar dan media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAI ini baik tetapi ia juga boleh menjadi satu ancaman kepada kita kerana ia boleh disalahgunakan untuk menipu, meniru dan mencuri identiti kita sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi kita perlu berhati-hati dalam penggunaan AI kerana teknologi baharu yang semakin canggih ini perlu digunakan dan diurus dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Sabah dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Tambunan di Dewan Pisompuruan Square, di sini, pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jeffrey yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA) berkata, masyarakat tidak boleh leka walaupun Tambunan dan Sabah secara umumnya berada dalam keadaan aman serta tenteram.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memainkan sentimen dan menghasut masyarakat melalui isu sensitif berkaitan 3R iaitu institusi Raja, kaum dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, media sosial juga sering disalahgunakan untuk menyebarkan berita palsu, fitnah, budaya tuduh-menuduh dan tindakan menuding jari yang boleh mencetuskan ketegangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah terkenal dengan keunikan toleransi dan keharmonian masyarakat yang sangat tinggi apabila pelbagai etnik dan agama boleh duduk semeja tanpa rasa curiga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi kita kena jaga, kita kena bersatu, kita kena faham dan bertoleransi serta mempunyai semangat menerima perbezaan kerana itulah sebenarnya kekuatan kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya menghayati lima prinsip Rukun Negara sebagai kompas moral dan asas perpaduan, selain menjadi pengguna media sosial yang bijak dengan mengamalkan prinsip semak dan tapis sebelum sebar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program itu turut dimeriahkan dengan penyertaan KMJG bermotosikal membabitkan 50 belia serta perarakan Jalur Gemilang dan bendera Sabah dari Kompleks Sukan Tambunan ke Dewan Pisompuruan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAMBUNAN: Masyarakat perlu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara bijak dan bertanggungjawab kerana kemajuan teknologi itu juga boleh membawa ancaman&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39163,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39162","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39162","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39162"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39166,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39162\/revisions\/39166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}