{"id":39287,"date":"2026-09-02T15:52:43","date_gmt":"2026-09-02T07:52:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39287"},"modified":"2026-09-02T15:52:47","modified_gmt":"2026-09-02T07:52:47","slug":"juan-torres-yakin-sabah-mampu-cabar-selangor-di-likas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/juan-torres-yakin-sabah-mampu-cabar-selangor-di-likas\/","title":{"rendered":"Juan Torres yakin Sabah mampu cabar Selangor di Likas"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit kepada Selangor FC dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, jam 7.30 malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabah hadir dengan keyakinan selepas mencatat dua kemenangan dalam dua perlawanan awal liga, namun Juan Torres sedar Selangor juga berada dalam momentum positif dengan rekod sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami yakin kami boleh memberikan satu perlawanan yang baik menentang Selangor,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, terutama dengan sokongan penyokong yang diharapkan memenuhi Stadium Likas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKelebihannya adalah bermain di hadapan Likas yang penuh. Saya mahu mengajak mereka datang ke stadium untuk menyokong kami,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertemuan kali ini turut mengimbau aksi dramatik kedua-dua pasukan dalam saingan Piala FA musim lalu apabila Sabah menyingkirkan Selangor menerusi penentuan penalti selepas agregat terikat 5-5.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun belum bersama Sabah ketika itu, Juan Torres mengakui keputusan berkenaan satu pencapaian besar dan berharap pasukannya mampu mengulangi kejayaan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya masih belum berada di sini ketika itu, tetapi itu adalah satu keputusan yang besar. Sudah tentu bagus jika kami dapat mengulanginya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau menjangkakan Selangor akan tampil dengan motivasi tinggi dan mengakui pasukan lawan lebih menjadi pilihan di atas kertas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami menjangkakan berdepan pasukan yang sangat bagus dan bermotivasi tinggi. Saya pasti mereka juga menyasarkan untuk mara ke final Piala FA dan di atas kertas mereka jelas pilihan berbanding kami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTetapi kita akan lihat apa yang berlaku di atas padang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai sasaran Sabah untuk mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA musim lalu, Juan Torres memilih untuk lebih realistik kerana skuadnya masih dalam proses pembentukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Sabah mempunyai pasukan yang hampir baharu dengan ramai pemain masih menyesuaikan diri, justeru fokus ketika ini adalah memperbaiki prestasi dari satu perlawanan ke satu perlawanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cItu bukan sasaran yang realistik pada ketika ini. Kami mempunyai pasukan yang hampir baharu dan perlu bergerak langkah demi langkah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPrestasi dan keputusan kami selepas beberapa perlawanan akan menunjukkan di mana sebenarnya tahap kami. Kami masih dalam fasa peralihan dan ramai pemain baharu masih menyesuaikan diri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Juan Torres sekali lagi mengharapkan sokongan penyokong Sabah ketika berdepan Selangor dan percaya kehadiran mereka di Stadium Likas mampu memberikan dorongan penting kepada pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami perlukan penyokong datang ke stadium jika kami mahu berkembang lebih cepat dan mempunyai peluang untuk menghadapi cabaran seperti ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertembungan malam ini dijangka menjadi ujian penting buat Sabah untuk mengukur kemampuan skuad baharu mereka berdepan salah satu pasukan yang turut memulakan musim dengan baik.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit kepada Selangor FC dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39288,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-39287","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39287","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39287"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39287\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39289,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39287\/revisions\/39289"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39288"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39287"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39287"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39287"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}