{"id":39311,"date":"2026-09-03T15:48:35","date_gmt":"2026-09-03T07:48:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39311"},"modified":"2026-09-03T15:48:39","modified_gmt":"2026-09-03T07:48:39","slug":"budi-diesel-400-liter-baik-tapi-sabah-perlukan-lebih-fleksibel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/budi-diesel-400-liter-baik-tapi-sabah-perlukan-lebih-fleksibel\/","title":{"rendered":"BUDI Diesel 400 liter baik, tapi Sabah perlukan lebih fleksibel"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TENOM:<\/strong> Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menggesa kerajaan menambah baik mekanisme BUDI Diesel di Sabah supaya lebih fleksibel dan mengambil kira realiti kehidupan masyarakat luar bandar serta pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata peningkatan kelayakan sehingga 400 liter sebulan bagi pemilik kenderaan diesel individu pacuan empat roda dan pikap merupakan langkah positif, namun pelaksanaannya tidak wajar disamakan sepenuhnya dengan kawasan bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kenderaan pacuan empat roda dan pikap di kawasan seperti Tenom bukan lambang kemewahan, sebaliknya menjadi kenderaan kerja utama untuk membawa hasil pertanian, bergerak di kawasan berbukit dan menjalankan aktiviti ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Riduan berkata jarak perjalanan yang jauh, keadaan jalan raya serta kekurangan pengangkutan awam menyebabkan penggunaan diesel di Sabah lebih tinggi dalam keadaan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut membangkitkan isu kenderaan yang didaftarkan atas nama pasangan, ibu bapa atau ahli keluarga, walaupun digunakan oleh individu lain yang benar-benar layak menerima subsidi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, proses pemindahan kelayakan perlu dipermudah supaya pengguna sebenar tidak tercicir daripada menerima manfaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Riduan turut meminta kerajaan menilai semula sama ada had 400 liter benar-benar mencukupi, khususnya bagi petani, pekebun kecil dan penduduk pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSekiranya kuota habis sebelum penghujung bulan, kos tambahan yang ditanggung akhirnya memberi kesan kepada pendapatan masyarakat luar bandar, kos membawa hasil pertanian dan kegiatan ekonomi setempat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, beliau mencadangkan mekanisme kuota tambahan diwujudkan berdasarkan keperluan dan kategori pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, Riduan mahu penguatkuasaan terhadap ketirisan dan penyeludupan diesel terus diperketatkan menerusi pemantauan di sempadan, rantaian bekalan dan transaksi bahan api.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKetirisan perlu ditutup pada puncanya, bukannya dengan mengehadkan keperluan rakyat Sabah yang benar-benar memerlukan diesel untuk kehidupan dan pekerjaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSubsidi bersasar perlu menyasarkan pihak yang layak, bukannya mengehadkan mereka yang benar-benar memerlukan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menggesa kerajaan menambah baik mekanisme BUDI Diesel di Sabah supaya lebih fleksibel dan mengambil&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35746,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39311","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39311","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39311"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39311\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39312,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39311\/revisions\/39312"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39311"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39311"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39311"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}