{"id":39460,"date":"2026-09-09T06:12:42","date_gmt":"2026-09-08T22:12:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39460"},"modified":"2026-09-09T06:12:53","modified_gmt":"2026-09-08T22:12:53","slug":"masiung-bimbang-peningkatan-aktiviti-tentera-as-china-dekat-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/masiung-bimbang-peningkatan-aktiviti-tentera-as-china-dekat-sabah\/","title":{"rendered":"Masiung bimbang peningkatan aktiviti tentera AS, China dekat Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU<\/strong>: Pengerusi Kelab Backbenchers DUN Sabah, Datuk Masiung Banah, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat dan China di Laut Cina Selatan, khususnya kerana Sabah terletak berhampiran kawasan strategik berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Malaysia perlu memantau perkembangan itu secara teliti bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan Sabah dan Sarawak tidak terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menggesa Wisma Putra mengambil pendekatan diplomatik lebih aktif dengan AS, China dan Filipina untuk mengekalkan kestabilan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masiung berkata, perhatian khusus perlu diberikan terhadap pembangunan kemudahan serta aset ketenteraan Filipina bersama AS di Pulau Balabac, yang menurutnya terletak kira-kira 50km dari Pulau Banggi, Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMemandangkan jaraknya yang dekat dengan Sabah, adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menilai implikasi keselamatan terhadap rakyat, terutamanya di kawasan pantai utara Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kehadiran tentera AS di Balabac tidak harus dilihat secara berlebihan, namun Malaysia juga tidak boleh mengetepikan hakikat bahawa isu tuntutan Filipina terhadap Sabah masih wujud.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPendekatan diplomatik yang bijaksana amat diperlukan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masiung berkata, perkembangan ketenteraan AS dan China di sekitar Borneo menunjukkan kehadiran aset pertahanan kedua-dua kuasa semakin ketara, namun beliau percaya sebarang risiko konflik masih boleh dikawal melalui saluran diplomatik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, hubungan Malaysia dan Filipina ketika ini berada pada tahap baik dan kerjasama serantau perlu diteruskan bagi mengelakkan salah faham yang boleh mencetuskan ketegangan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Backbenchers DUN Sabah, Datuk Masiung Banah, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat dan China&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24254,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-39460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39461,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39460\/revisions\/39461"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}