{"id":39502,"date":"2026-09-10T13:50:30","date_gmt":"2026-09-10T05:50:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39502"},"modified":"2026-09-10T13:50:35","modified_gmt":"2026-09-10T05:50:35","slug":"23-usahawan-sabah-terima-geran-sme-up-rm230000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/23-usahawan-sabah-terima-geran-sme-up-rm230000\/","title":{"rendered":"23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU : Seramai 23 usahawan tempatan Sabah menerima Geran SME-UP berjumlah RM230,000 bagi membantu menambah baik pembungkusan dan pelabelan produk, sekali gus meningkatkan daya saing mereka di pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, setiap usahawan menerima geran bernilai RM10,000 sebagai antara inisiatif kerajaan membantu usahawan meningkatkan kualiti produk dan mengembangkan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalaupun dari segi nilainya bantuan ini mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun tiada langkah besar yang tidak bermula daripada langkah kecil dan tiada kejayaan besar yang tidak bermula daripada usaha kecil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya berharap usahawan yang menerima geran ini akan terus berjaya serta menjadi contoh, motivasi dan inspirasi kepada usahawan lain, termasuk graduan dan golongan belia yang masih mencari pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMudah-mudahan kejayaan mereka akan mendorong lebih ramai untuk turut berkecimpung dalam bidang keusahawanan,\u201d katanya selepas menyempurnakan majlis ringkas penyampaian Geran SME-UP (Pembungkusan) kepada 23 usahawan tempatan Sabah, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ewon berharap bantuan itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk meningkatkan produktiviti serta mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), atas pelbagai inisiatif dalam membangunkan usahawan tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya menghargai dedikasi dan usaha DIDR yang diketuai Pengarahnya, Siti Nur\u2019Ain Abdullah serta seluruh warga jabatan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan usahawan tempatan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Pengarah DIDR Sabah, Siti Nur\u2019Ain Abdullah berkata, insentif berkenaan bertujuan membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memperkukuh keusahawanan, meningkatkan produktiviti serta meluaskan peluang perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita berharap para penerima dapat memanfaatkan bantuan ini sebaik-baiknya untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh daya saing IKS di pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPembekal yang dilantik bagi program bantuan ini juga perlu memastikan setiap usahawan menerima peralatan dan kemudahan berkualiti, termasuk pembungkusan yang baik dan menarik supaya produk mereka lebih berdaya saing di pasaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyeru semua penerima supaya memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diterima bagi mengembangkan perniagaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan masing-masing.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Seramai 23 usahawan tempatan Sabah menerima Geran SME-UP berjumlah RM230,000 bagi membantu menambah baik pembungkusan dan pelabelan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39503,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39504,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39502\/revisions\/39504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}