{"id":39582,"date":"2026-09-13T14:01:36","date_gmt":"2026-09-13T06:01:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39582"},"modified":"2026-09-13T14:01:46","modified_gmt":"2026-09-13T06:01:46","slug":"kampung-siaga-221-perkasa-komuniti-hadapi-kecemasan-bencana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kampung-siaga-221-perkasa-komuniti-hadapi-kecemasan-bencana\/","title":{"rendered":"Kampung Siaga 221 perkasa komuniti hadapi kecemasan, bencana"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU : Program Kampung Siaga 221 dilihat mampu memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi kecemasan dan bencana dengan memberi pendedahan asas berkaitan penyelamatan serta tindakan awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, komuniti kampung perlu dilengkapi pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat supaya mampu bertindak sebelum bantuan agensi tiba.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, program itu memberi pendedahan mengenai asas menyelamat termasuk bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR) serta penggunaan peralatan menyelamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau kita ada sukarelawan yang terlatih di kampung, mereka inilah yang menjadi barisan hadapan kita untuk menyelamat sebelum agensi seperti APM, bomba dan lain-lain datang ke lokasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana di Kampung Kokol, Manggatal, di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata, pendekatan pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti membolehkan masyarakat terlibat secara langsung dalam mengenal pasti risiko dan meningkatkan keupayaan menghadapi bencana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menekankan kepentingan menerapkan kesedaran keselamatan dan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, penglibatan APM di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi mampu membantu melahirkan generasi yang lebih peka terhadap keselamatan diri, keluarga dan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berharap Program Kampung Siaga 221 dapat diperluaskan ke lebih banyak kampung khususnya kawasan berisiko bencana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program berkenaan turut melibatkan kerjasama ADTEC JTM Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menerusi kesedaran keselamatan elektrik, pameran serta pemeriksaan kesihatan percuma.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kampung Kokol merupakan kampung ketiga terlibat tahun ini selepas Tawau dan Sandakan, serta lokasi kesembilan pelaksanaan program berkenaan di Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Program Kampung Siaga 221 dilihat mampu memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi kecemasan dan bencana dengan memberi pendedahan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39583,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39582","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39582","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39582"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39582\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39584,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39582\/revisions\/39584"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39582"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39582"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39582"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}