{"id":39617,"date":"2026-09-14T14:23:05","date_gmt":"2026-09-14T06:23:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39617"},"modified":"2026-09-14T14:23:16","modified_gmt":"2026-09-14T06:23:16","slug":"ypnm-sabah-harap-perwakilan-sabah-sarawak-lebih-seimbang-david","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ypnm-sabah-harap-perwakilan-sabah-sarawak-lebih-seimbang-david\/","title":{"rendered":"YPNM Sabah harap perwakilan Sabah, Sarawak lebih seimbang : David"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU : Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah mahu Sabah dan Sarawak secara bersama diberikan satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen bagi memastikan perwakilan kedua-dua wilayah itu lebih adil dan seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusinya, David Chan, berkata cadangan itu selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penting bagi memperkukuh suara Sabah serta Sarawak dalam menentukan dasar dan hala tuju negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, YPNM Sabah menyambut baik inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meneruskan usaha memperkukuh pelaksanaan MA63, termasuk berkaitan perwakilan Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPeningkatan kerusi Parlimen bukan semata-mata mengenai kuota politik, sebaliknya berkaitan hak rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendapat perwakilan sewajarnya, pembangunan seimbang serta pengagihan sumber negara yang lebih adil,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">David berkata, Sabah dan Sarawak masih berdepan jurang pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan penambahbaikan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, kesihatan serta pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, perwakilan lebih kukuh di Parlimen akan membantu memastikan keperluan rakyat Sabah dan Sarawak diberikan perhatian sewajarnya dalam perancangan pembangunan, Belanjawan Negara dan penggubalan dasar Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalaupun Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber semula jadi serta memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, masih terdapat jurang pembangunan yang perlu ditangani dengan lebih berkesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, YPNM Sabah menyeru Jemaah Menteri, Parlimen dan semua pihak berkaitan supaya memberi pertimbangan serius terhadap matlamat satu pertiga perwakilan Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">David berharap komitmen terhadap MA63 tidak hanya kekal sebagai cadangan, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan perlembagaan dan perundangan yang sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah dan Sarawak yang lebih maju dan kuat akan menjadikan Malaysia lebih maju, kuat dan bersatu,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah mahu Sabah dan Sarawak secara bersama diberikan satu pertiga daripada keseluruhan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39618,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39617","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39617","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39617"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39617\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39619,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39617\/revisions\/39619"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39618"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39617"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39617"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39617"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}