{"id":39672,"date":"2026-09-15T14:16:03","date_gmt":"2026-09-15T06:16:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39672"},"modified":"2026-09-15T14:16:11","modified_gmt":"2026-09-15T06:16:11","slug":"tambah-kerusi-parlimen-perkasa-suara-sabah-sarawak-persantun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tambah-kerusi-parlimen-perkasa-suara-sabah-sarawak-persantun\/","title":{"rendered":"Tambah kerusi Parlimen perkasa suara Sabah, Sarawak \u2013 PERSANTUN"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) menyifatkan persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sebagai langkah penting bagi memperkukuh suara kedua-dua wilayah di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presidennya, Datuk Najib Tay Abdullah berkata perkara itu tidak seharusnya dianggap sebagai retorik politik semata-mata, sebaliknya membuka peluang kepada Sabah dan Sarawak mendapatkan perwakilan lebih seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, langkah itu juga menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian terhadap tuntutan serta perkembangan Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelepas Singapura meninggalkan Malaysia, julat satu pertiga untuk mengisi jumlah wakil di Parlimen menjadi kosong dan kekosongan itu selayaknya diisi oleh wakil kita dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTahniah kepada Perdana Menteri dan kita amat berharap perkara ini dapat direalisasikan secepat mungkin,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib turut menghargai komitmen Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan kepimpinan negeri dalam memperjuangkan perkara berkaitan MA63, termasuk isu penambahan kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, faktor keluasan geografi Sabah serta jumlah pengundi di kawasan tertentu turut menunjukkan keperluan supaya aspek persempadanan dan jumlah kerusi dinilai semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata Sabah dan Sarawak secara bersama seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen, berdasarkan kedudukan kedua-dua wilayah ketika pembentukan Malaysia pada 1963.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJika penambahan ini menjadi kenyataan, ia mampu menjadi titik tolak kepada kemajuan negeri, peruntukan serta urusan persempadanan Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSudah tentu Sabah secara amnya mendapat banyak manfaat dan kita akan memperkasakan lagi suara kita di Dewan Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar sebelum ini mengumumkan kerajaan secara prinsip bersetuju dengan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak ketika menghadiri mesyuarat berkaitan pelaksanaan MA63 di Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) menyifatkan persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menambah kerusi Parlimen Sabah dan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13855,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39672","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39672","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39672"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39672\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39673,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39672\/revisions\/39673"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}