{"id":39674,"date":"2026-09-15T14:18:52","date_gmt":"2026-09-15T06:18:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39674"},"modified":"2026-09-15T16:26:54","modified_gmt":"2026-09-15T08:26:54","slug":"isu-pau-pemimpin-politik-perlu-peka-sensitiviti-agama-kata-persantun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/isu-pau-pemimpin-politik-perlu-peka-sensitiviti-agama-kata-persantun\/","title":{"rendered":"Isu PAU: Pemimpin politik perlu peka sensitiviti agama, kata PERSANTUN"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) mengingatkan pemimpin politik supaya menjaga batas dan adab ketika berucap, khususnya apabila menyentuh perkara berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presidennya, Datuk Najib Tay Abdullah berkata kontroversi membabitkan ucapan seorang pemimpin UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 perlu dijadikan pengajaran supaya kejadian sama tidak berulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, ucapan yang menyentuh paderi Katolik dan biarawati itu tidak wajar serta telah mengguris perasaan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerkara ini amat sensitif. Janganlah mahu menyampaikan hujah sehingga perlu melibatkan tafsiran kitab agama lain jika tidak mahir, apatah lagi di pentas politik yang sentiasa menjadi tumpuan ramai seperti PAU.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemestinya di Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian kaum dan agama amat menentang perkara ini. Fikirkanlah mengenai keadaan sosial kami di sini, jangan berbuat sesuka hati,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Najib berkata beliau difahamkan pemimpin terbabit sudah membuat permohonan maaf dan berharap kontroversi itu tidak berulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu berkenaan sebelum ini turut dibangkitkan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang mengkritik penggunaan kisah membabitkan paderi dan biarawati serta rujukan kepada Mazmur 129 dalam ucapan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Najib, rakyat Sabah juga tidak seharusnya terpengaruh dengan sebarang hasutan susulan kontroversi itu dan perlu terus mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPERSANTUN turut sama mengecam isu ini dan saya berharap semua pihak kekal tenang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBiarlah perkara ini menjadi pengajaran berguna. Kita di Sabah sentiasa mengamalkan budi pekerti meskipun mempunyai pegangan serta perjuangan politik yang berbeza,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut berkata perpaduan antara kaum perlu terus menjadi keutamaan dan tidak boleh digugat oleh polemik politik.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) mengingatkan pemimpin politik supaya menjaga batas dan adab ketika berucap, khususnya apabila&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13855,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39674","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39675,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39674\/revisions\/39675"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}