{"id":3972,"date":"2021-09-02T10:44:44","date_gmt":"2021-09-02T10:44:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3972"},"modified":"2021-09-02T10:44:44","modified_gmt":"2021-09-02T10:44:44","slug":"polis-kenal-pasti-individu-terlibat-ajaran-sesat-pmyt-kpn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/polis-kenal-pasti-individu-terlibat-ajaran-sesat-pmyt-kpn\/","title":{"rendered":"Polis kenal pasti individu terlibat ajaran sesat PMYT &#8211; KPN"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM)\u00a0telah mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat\u00a0Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dan sedang melakukan siasatan lengkap terhadap perkara itu, kata\u00a0Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata PDRM\u00a0kini sedang dalam perancangan untuk memanggil individu tertentu bagi membantu siasatan dan sedang memantau ketat ajaran tersebut selain memastikan perkara\u00a0itu\u00a0tidak akan menyebabkan\u00a0kegusaran awam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya perkara itu pada masa kini dilihat masih dalam kawalan dan PDRM tidak boleh terburu-buru dalam melakukan siasatan kerana perlu mengumpul maklumat lengkap serta siasatan juga melibatkan jabatan lain antaranya jabatan berkaitan\u00a0agama Islam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita ada cara, teknik dan kaedah tertentu\u00a0untuk menghadapi perkara\u00a0ini, dahulu kita pun\u00a0hadapi perkara sama seperti ini dan kita dapat selesaikan dengan baik\u2026polis tidak pernah leka dan sentiasa memantau perkara ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kalau kita lihat sejarahnya ini bukan perkara baharu, sebelum ini kita juga pernah berdepan dengan perkara seperti ini dan kita atasi daripada semasa ke semasa,&#8221; katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di sini hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majlis itu\u00a0Datuk Hazani\u00a0Ghazali, yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkuat kuasa Isnin depan, menyerahkan tugas kepada Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu iaitu\u00a0Datuk\u00a0Idris\u00a0Abdullah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Majlis sama turut menyaksikan\u00a0Acryl Sani memakaikan pangkat\u00a0Komisioner Polis (CP) kepada Idris yang sebelum ini merupakan\u00a0Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan\/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tular di media sosial baru-baru ini seorang wanita dengan gelaran\u00a0Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya\u00a0akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Acryl Sani berkata PDRM memfokuskan untuk menggunakan\u00a0teknologi tinggi bagi aktiviti penguatkuasaan terutama melibatkan kawalan sempadan dalam memastikan tugas itu dapat dilaksana secara lebih berkesan khususnya\u00a0di kawasan pantai timur Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini termasuk penggunaan dron, &#8216;night vision&#8217;, kapal serta kenderaan darat teknologi tinggi bagi kawalan sempadan lebih berkesan&#8230;ancaman sentiasa wujud, justeru penting buat PDRM kekalkan kesiapsiagaan dengan kekalkan aset termasuk sumber manusia\u00a0kemudian tingkatkan dari\u00a0semasa ke semasa,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, pada sidang media sama\u00a0Hazani mengesahkan pada masa kini tiada pengikut ajaran sesat PMYT dikesan di Sabah dan gerakan itu menurutnya banyak bertumpu di Semenanjung.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kena fahamkan dakwaan\u00a0terdapat 3,000 pengikut ajaran ini, (jumlah)\u00a0ini merupakan mereka yang mengikuti\u00a0atau &#8216;follower&#8217;\u00a0individu\u00a0itu\u00a0di media sosial seperti Facebook juga WhatsApp, ada beza dengan mereka yang betul-betul terlibat dengan ajaran itu,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8212; BERNAMA<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM)\u00a0telah mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat\u00a0Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dan sedang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3973,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-3972","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3972"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3972\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3974,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3972\/revisions\/3974"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3973"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}