{"id":39769,"date":"2026-09-18T21:37:20","date_gmt":"2026-09-18T13:37:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39769"},"modified":"2026-09-18T21:37:24","modified_gmt":"2026-09-18T13:37:24","slug":"dua-pemandu-lori-ditahan-aksi-potong-berbahaya-hampir-langgar-motosikal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dua-pemandu-lori-ditahan-aksi-potong-berbahaya-hampir-langgar-motosikal\/","title":{"rendered":"Dua pemandu lori ditahan, aksi potong berbahaya hampir langgar motosikal"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Dua pemandu lori ditahan polis selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan aksi pemanduan berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna-Tawau tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung rakaman berkenaan pada 17 September lalu kira-kira jam 9.58 malam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Ogos kira-kira jam 3.52 petang ketika sebuah lori dalam perjalanan dari Semporna menuju Tawau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan awal mendapati sebuah lagi lori dipercayai memotong beberapa kenderaan lain secara berbahaya sehingga hampir melanggar sebuah motosikal,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi berkata, rakaman kejadian itu tular di Facebook sebelum laporan polis dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, susulan laporan berkenaan, kedua-dua pemandu lori ditahan kira-kira jam 11.10 malam pada hari sama bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemeriksaan saringan air kencing terhadap kedua-dua pemandu turut dijalankan dan kedua-duanya didapati negatif dadah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kes disiasat mengikut <strong>Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987<\/strong> berkaitan kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang memuat naik rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi menegaskan, polis memandang serius tindakan pemanduan melulu dan berbahaya yang boleh mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau, Sarjan Razlan Razan di talian <a href=\"tel:019-823%204484\"><strong>019-823 4484<\/strong><\/a>.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Dua pemandu lori ditahan polis selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan aksi pemanduan berbahaya di Jalan Apas, laluan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39770,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-39769","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39769","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39769"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39769\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39771,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39769\/revisions\/39771"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39770"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39769"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39769"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39769"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}