{"id":39803,"date":"2026-09-20T05:39:35","date_gmt":"2026-09-19T21:39:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39803"},"modified":"2026-09-20T05:39:40","modified_gmt":"2026-09-19T21:39:40","slug":"ceroboh-gunung-kinabalu-mauro-persic-dikompaun-maksimum-rm25000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ceroboh-gunung-kinabalu-mauro-persic-dikompaun-maksimum-rm25000\/","title":{"rendered":"Ceroboh Gunung Kinabalu, Mauro Persic dikompaun maksimum RM25,000"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Pendaki warga Croatia, Mauro Persic dikenakan kompaun maksimum RM25,000 selepas didapati memasuki kawasan Gunung Kinabalu tanpa permit melalui laluan tidak dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut laporan The Star\u2060, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata Persic telah menjelaskan kompaun berkenaan selepas diberi penerangan oleh pegawai penguat kuasa Taman-Taman Sabah mengenai kesalahan serta penalti di bawah Enakmen Taman-Taman 1984 (Pindaan 2024).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persic sebelum itu dibenarkan keluar dari KPJ Sabah Specialist Hospital pada Jumaat selepas menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya ketika terjatuh di lereng Gunung Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jafry berkata urusan pengeluaran notis dan penyelesaian kompaun dikendalikan Pegawai Pendakwa Taman-Taman Sabah, Roslizan Sallin, Pegawai Penyiasat Eddy Robert serta Pasukan Pendakwaan Khas Taman-Taman Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prosiding berkenaan berlangsung di Pusat Kawalan Operasi, Pejabat Operasi dan Penguatkuasaan di ibu pejabat Taman-Taman Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Jafry, perkembangan kes itu turut dimaklumkan kepada polis Ranau bagi tujuan rekod serta tindakan lanjut sekiranya diperlukan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas kompaun dijelaskan sepenuhnya, Persic diberikan penerangan mengenai peraturan, prosedur dan aspek keselamatan pendakian Gunung Kinabalu termasuk keperluan mematuhi prosedur operasi standard serta peraturan Taman-Taman Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persic dilaporkan memasuki Gunung Kinabalu melalui Sungai Mesilau menggunakan laluan tidak dibenarkan dan tanpa permit sebelum terjatuh sehingga mengalami kecederaan pada kaki serta rusuk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dia kemudian menghantar isyarat kecemasan pada 6 Sept, mencetuskan operasi menyelamat selama empat hari sebelum berjaya dibawa turun pada 10 Sept.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persic selepas itu memohon maaf kepada masyarakat Sabah dan mengakui tindakannya mendaki melalui laluan tidak dibenarkan dibuat tanpa pertimbangan yang mencukupi<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pendaki warga Croatia, Mauro Persic dikenakan kompaun maksimum RM25,000 selepas didapati memasuki kawasan Gunung Kinabalu tanpa permit melalui&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39804,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-39803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39805,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39803\/revisions\/39805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}