{"id":39806,"date":"2026-09-20T11:03:39","date_gmt":"2026-09-20T03:03:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39806"},"modified":"2026-09-20T11:03:50","modified_gmt":"2026-09-20T03:03:50","slug":"tolak-ekstremisme-jika-mahu-kerjasama-dengan-warisan-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tolak-ekstremisme-jika-mahu-kerjasama-dengan-warisan-shafie\/","title":{"rendered":"Tolak ekstremisme jika mahu kerjasama dengan Warisan &#8211; Shafie\u00a0"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong>&nbsp;Warisan menetapkan penolakan terhadap ekstremisme kaum dan agama sebagai syarat yang tidak boleh dikompromi sekiranya parti berpangkalan di Semenanjung mahu bekerjasama dengannya menjelang atau selepas pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presidennya, Mohd Shafie Apdal berkata keharmonian serta sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama merupakan asas kepada kehidupan rakyat Sabah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahu hapuskan ekstremisme kaum dan agama di Sabah,\u201d katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Tanglung Cahaya Kasih di Luyang, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie berkata pendirian itu turut dibangkitkannya ketika bertemu Presiden STAR Jeffrey Kitingan di Keningau baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, masyarakat Sabah tidak boleh membiarkan perbezaan politik memecah-belahkan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak boleh berpecah-belah kerana apabila kita berpecah, kita menjadi lemah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPrinsip yang sama mendorong kita menganjurkan Pesta Kuih Bulan ini, untuk menunjukkan bahawa kita boleh hidup bersama secara harmoni tanpa mengira kaum dan agama,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kerjasama politik ada syarat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie berkata Warisan tidak menutup pintu kepada kerjasama dengan parti lain, namun prinsip parti dan kepentingan Sabah perlu dihormati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendirian itu menyusuli kenyataannya pada 11 Sept bahawa sebarang kerjasama politik pada PRU akan datang perlu mempunyai \u201cgaris merah\u201d bagi memastikan hak dan suara Sabah tidak menjadi perkara sampingan dalam sesebuah gabungan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapannya malam tadi, Shafie turut mengimbau pentadbiran Warisan sebelum ini yang menurutnya memberikan dua hari cuti sempena sambutan Krismas sebagai sebahagian usaha menghormati kepelbagaian agama di Sabah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas pilihan raya umum akan datang, Shafie menyifatkannya penting dalam menentukan hala tuju Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat Cina atas sokongan diberikan kepada Warisan pada pilihan raya negeri lalu dan menyatakan hasrat untuk memperkukuh kedudukan parti itu pada PRU akan datang.&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:&nbsp;Warisan menetapkan penolakan terhadap ekstremisme kaum dan agama sebagai syarat yang tidak boleh dikompromi sekiranya parti berpangkalan di Semenanjung&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39807,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-39806","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39806","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39806"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39806\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39808,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39806\/revisions\/39808"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39807"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39806"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39806"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39806"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}