{"id":3984,"date":"2021-09-02T21:53:52","date_gmt":"2021-09-02T21:53:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3984"},"modified":"2021-09-02T22:10:10","modified_gmt":"2021-09-02T22:10:10","slug":"covid-sabah-harap-peroleh-lebih-2-88-juta-dos-vaksin-bulan-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/covid-sabah-harap-peroleh-lebih-2-88-juta-dos-vaksin-bulan-ini\/","title":{"rendered":"COVID: Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat memperoleh agihan lebih 2.88 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini bagi membolehkan program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.<\/p>\n<p>Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata\u00a0Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)\u00a0juga sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi bulan ini dan menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.<\/p>\n<p>&#8220;Hampir 41 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin COVID-19&#8230;sebanyak\u00a019,799 suntikan\u00a0dos pertama vaksin diberikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif\u00a0 lebih 1.64 juta dos pertama diberikan.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_544946882150\" data-url=\"https:\/\/bit.ly\/3xXJO6u\" data-photoid=\"735\" data-name=\"agentdesign.jpg\">Bagi dos kedua\u00a022,469 dos diberikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif lebih 1.11 juta dos,&#8221; katanya menerusi satu kenyataan malam ini.<br \/>\n<\/a><\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Pahlawan membabitkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu dalam Mukim Petagas di sini dengan 45 kes telah dikesan di Kota Kinabalu dan Penampang.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Masidi\u00a0berkata penularan di Kota Kinabalu dan Penampang itu\u00a0berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja dewan makan pusat latihan, selain turut menjangkiti ahli keluarga.<\/p>\n<p>\u201cIa\u00a0merupakan kluster jenis institusi latihan.\u00a0Kes indeks adalah seorang lelaki yang merupakan jurulatih polis berumur 44 tahun,\u00a0tinggal di Perumahan IPK (Ibu pejabat Polis Kontinjen) Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos di Klinik Kesihatan Luyang setelah bergejala sejak 24 Ogos lepas.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cKes telah dimasukkan ke PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah) di Pirasan, Kota Belud untuk rawatan lanjut, 72 sampel diambil\u00a045 kes positif dikesan,\u00a0sembilan sampel didapati negatif dan selebihnya\u00a0 masih menunggu keputusan ujian saringan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata Sabah merekodkan sebanyak 2,329 kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 152,602 kes dan seramai 3,355 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh 120,699 orang.<\/p>\n<p>Sebanyak 33 kematian dicatatkan hari ini manakala 4,907 pesakit masih menerima rawatan.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah berharap dapat memperoleh agihan lebih 2.88 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini bagi membolehkan program&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3985,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-3984","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3984","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3984"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3984\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3986,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3984\/revisions\/3986"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3985"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3984"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3984"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3984"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}