{"id":39841,"date":"2026-09-21T13:18:52","date_gmt":"2026-09-21T05:18:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39841"},"modified":"2026-09-21T13:18:57","modified_gmt":"2026-09-21T05:18:57","slug":"jeffrey-gesa-bina-lapangan-terbang-baharu-atasi-isu-satu-landasan-kkia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jeffrey-gesa-bina-lapangan-terbang-baharu-atasi-isu-satu-landasan-kkia\/","title":{"rendered":"Jeffrey gesa bina lapangan terbang baharu atasi isu satu landasan KKIA"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan menggesa sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu dibina bagi mengurangkan kebergantungan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kepada hanya satu landasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gesaan itu dibuat susulan penutupan sementara landasan KKIA pada 17 September bagi kerja pembaikan yang menjejaskan 20 penerbangan sebelum ia dibuka semula pada jam 11.30 malam selepas pemeriksaan keselamatan selesai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Jeffrey, kejadian itu menunjukkan risiko operasi apabila lapangan terbang utama Sabah bergantung kepada satu landasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKebergantungan berterusan pada satu landasan menimbulkan risiko operasi dan ekonomi besar kepada Sabah. Sabah memerlukan lapangan terbang antarabangsa baharu,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kapasiti reka bentuk KKIA sebanyak sembilan juta penumpang setahun sudah dilepasi pada 2019 apabila lapangan terbang itu mengendalikan kira-kira 9.4 juta penumpang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jeffrey berkata, rancangan meningkatkan kapasiti terminal kepada 12 juta penumpang setahun sahaja tidak memadai sekiranya isu kebergantungan kepada satu landasan tidak ditangani.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMenambah kapasiti terminal tanpa menangani kelemahan asas ini tidak memadai. Lebih ramai penumpang dan tambahan penerbangan akan memberi tekanan lebih besar kepada landasan sedia ada,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mencadangkan kawasan Papar-Kimanis dinilai sebagai antara pilihan dalam proses pemilihan tapak lapangan terbang baharu, namun menegaskan lokasi akhir perlu ditentukan menerusi kajian teknikal, alam sekitar, ekonomi dan kebolehcapaian yang menyeluruh.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Jeffrey turut menggesa kerajaan mengkaji kebolehlaksanaan pembinaan landasan kedua di KKIA atau penyelesaian sementara lain sementara menunggu perancangan jangka panjang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan mesti bertindak sekarang. Sabah tidak mampu menunggu penutupan atau insiden lain yang menyebabkan kerugian ekonomi lebih besar,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan menggesa sebuah lapangan terbang antarabangsa&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24484,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-39841","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39841","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39841"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39841\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39842,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39841\/revisions\/39842"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24484"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39841"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39841"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39841"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}