{"id":39843,"date":"2026-09-21T15:05:52","date_gmt":"2026-09-21T07:05:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39843"},"modified":"2026-09-21T15:05:59","modified_gmt":"2026-09-21T07:05:59","slug":"pengurusan-sisa-sabah-perlu-ikut-realiti-setiap-daerah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pengurusan-sisa-sabah-perlu-ikut-realiti-setiap-daerah\/","title":{"rendered":"Pengurusan sisa Sabah perlu ikut realiti setiap daerah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar, luar bandar, pesisir serta kepulauan yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS), Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, berkata pendekatan secara seragam tidak semestinya mampu menangani keseluruhan isu pengurusan sisa di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Sabah perlu memahami bukan sahaja jumlah sisa yang dihasilkan, tetapi lokasi dan jenis sisa, kaedah pengumpulan serta bagaimana ia diuruskan selepas dikutip.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApabila kita bercakap mengenai masalah sisa di Sabah, sebenarnya kita berdepan beberapa realiti dan cabaran yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPenyelesaian untuk kawasan bandar yang menghasilkan ratusan tan sisa sehari belum tentu sesuai bagi komuniti di pulau, luar bandar atau kawasan yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan kutipan sisa secara teratur,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Trash Talk to Action I: Memahami Landskap Pengurusan Sisa di Sabah, anjuran bersama IDS Sabah dan Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) Malaysia di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hadir sama Pembantu Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Maijol Mahap yang mewakili Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azizah berkata, antara cabaran utama ialah tapak pelupusan Kayu Madang yang menampung sisa dari Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Kota Belud dengan kira-kira 800 tan sisa diterima setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, daerah lain pula berdepan cabaran berbeza termasuk pembuangan sisa secara terbuka di kawasan pesisir, pengurusan sisa di kepulauan, pencemaran marin serta keperluan memperluaskan kemudahan pengumpulan sisa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, penggunaan teknologi baharu termasuk cadangan kemudahan biogas di Kayu Madang yang berupaya menukarkan gas metana kepada tenaga elektrik sehingga dua megawatt adalah perkembangan positif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa sistem kutipan sisa yang cekap, data yang lengkap, pengasingan dan kitar semula serta pembahagian tanggungjawab yang jelas antara institusi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azizah berkata, mekanisme sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) juga boleh dimanfaatkan dengan lebih berkesan bagi meningkatkan penglibatan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak semestinya perlu mewujudkan mekanisme baharu. Sebaliknya, prosedur dan garis panduan dalam mekanisme sedia ada perlu diperkukuhkan supaya masyarakat memahami peranan masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, program Trash Talk to Action akan menjadi asas kepada perbincangan seterusnya mengenai tadbir urus, penyelarasan institusi dan usaha mewujudkan sistem pengurusan sisa yang lebih bersepadu di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDaripada \u2018Trash Talk\u2019 kepada tindakan, kita bukan sekadar bercakap mengenai sampah, tetapi bagaimana membina Sabah yang lebih bersih, mampan dan bertanggungjawab untuk generasi akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pendekatan pengurusan sisa di Sabah perlu disesuaikan mengikut keperluan dan realiti setiap daerah berikutan cabaran di kawasan bandar,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39844,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39843","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39843","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39843"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39843\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39845,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39843\/revisions\/39845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39844"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39843"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39843"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39843"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}