{"id":39854,"date":"2026-09-21T17:54:32","date_gmt":"2026-09-21T09:54:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39854"},"modified":"2026-09-21T17:54:38","modified_gmt":"2026-09-21T09:54:38","slug":"penjaja-mengadu-pelanggan-kurang-tony-koh-mahu-mpt-tambah-baik-pasar-tanjung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penjaja-mengadu-pelanggan-kurang-tony-koh-mahu-mpt-tambah-baik-pasar-tanjung\/","title":{"rendered":"Penjaja mengadu pelanggan kurang, Tony Koh mahu MPT tambah baik Pasar Tanjung"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Bekas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh Kian Leong menggesa beberapa masalah kemudahan di Pasar Tanjung ditangani segera selepas menerima aduan daripada penjaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koh berkata antara isu dibangkitkan ialah saliran tersumbat dan kipas yang dipenuhi habuk sehingga menjejaskan pengudaraan, khususnya di kawasan gerai makanan tingkat tiga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain masalah kemudahan, beberapa penjaja turut mengadu jumlah pelanggan di tingkat berkenaan semakin berkurangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koh berkata perkara itu diketahuinya ketika mengunjungi Pasar Tanjung dan Pasar Sin Onn bagi bertemu serta mendengar sendiri masalah penjaja dan orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi membantu menarik lebih ramai pelanggan, beliau mencadangkan MPT memasang papan tanda yang lebih jelas di tingkat bawah bagi memaklumkan pengunjung mengenai kewujudan gerai makanan di tingkat tiga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, papan tanda itu juga boleh menunjukkan kemudahan lif yang boleh digunakan pengunjung untuk ke kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPasar bukan sahaja tempat penduduk membeli keperluan harian, tetapi tempat penjaja mencari rezeki. Kemudahan asas, kebersihan dan papan tanda perlu terus diberi perhatian,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koh berkata beliau kemudian menghubungi Presiden MPT, Mohd Shoffian Mohd Said untuk menyampaikan aduan penjaja serta beberapa cadangan penambahbaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Koh, Mohd Shoffian memberi maklum balas bahawa pihak pengurusan berkaitan akan diarahkan membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap masalah yang dibangkitkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koh berharap komunikasi antara MPT, penjaja dan orang awam dapat diteruskan supaya masalah di pasar dapat dikenal pasti serta ditangani dengan lebih cepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, isu yang dianggap kecil boleh memberi kesan langsung kepada keselesaan pengunjung dan pendapatan penjaja yang menjalankan perniagaan setiap hari.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Bekas Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh Kian Leong menggesa beberapa masalah kemudahan di Pasar Tanjung ditangani&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39855,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39854","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39854","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39854"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39854\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39856,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39854\/revisions\/39856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}