{"id":39857,"date":"2026-09-21T18:52:38","date_gmt":"2026-09-21T10:52:38","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39857"},"modified":"2026-09-21T18:53:11","modified_gmt":"2026-09-21T10:53:11","slug":"warga-asing-ditahan-disyaki-cabul-remaja-13-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warga-asing-ditahan-disyaki-cabul-remaja-13-tahun\/","title":{"rendered":"Warga asing ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes cabul melibatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kalabakan, awal pagi Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan kira-kira jam 9.45 pagi selepas menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, mangsa yang berada di sebuah rumah kedai mendakwa terdengar bunyi seperti kucing sebelum seorang lelaki dengan muka ditutup membuka langsir dan menghampirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSuspek didakwa naik ke tilam tempat mangsa berada sebelum mangsa menjerit meminta pertolongan dan melawan apabila lelaki itu cuba mendekatinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMangsa turut mendakwa ditendang sebelum suspek melarikan diri dari lokasi,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi berkata, tindakan susulan membawa kepada penahanan suspek di kawasan Kedai-Kedai Bulatan Kalabakan kira-kira lima jam selepas kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai khususnya ibu bapa turut dinasihatkan supaya sentiasa mengambil berat keselamatan anak-anak serta segera menghubungi polis sekiranya mengetahui atau mengesyaki berlaku perlakuan yang boleh mengancam keselamatan mereka.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes cabul melibatkan seorang remaja perempuan berusia&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39858,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-39857","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39857","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39857"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39857\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39859,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39857\/revisions\/39859"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39858"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}