{"id":39922,"date":"2026-09-24T07:19:20","date_gmt":"2026-09-23T23:19:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=39922"},"modified":"2026-09-24T07:19:28","modified_gmt":"2026-09-23T23:19:28","slug":"ypnm-sabah-gesa-tindakan-proaktif-tangani-jerebu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ypnm-sabah-gesa-tindakan-proaktif-tangani-jerebu\/","title":{"rendered":"YPNM Sabah gesa tindakan proaktif tangani jerebu"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan digesa mengambil tindakan proaktif bagi menangani risiko jerebu serta kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan, berkata pemantauan kualiti udara perlu dipertingkat, terutama jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan peningkatan ke tahap tidak sihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan rentan termasuk warga emas, kanak-kanak, pelajar serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dan kesihatan sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesihatan dan keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan. Kita tidak seharusnya menunggu sehingga keadaan menjadi serius sebelum tindakan lebih menyeluruh diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat juga perlu menerima maklumat yang jelas, tepat dan terkini mengenai bacaan IPU serta langkah perlindungan yang perlu diambil,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">David berkata, jerebu bukan sekadar isu alam sekitar kerana keadaan berpanjangan boleh memberi kesan kepada kesihatan awam, aktiviti persekolahan, pelancongan, perniagaan dan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, sekiranya jerebu membabitkan pencemaran rentas sempadan, Kerajaan Persekutuan perlu memperkukuh kerjasama diplomatik dengan negara jiran termasuk menerusi mekanisme ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerjasama itu penting bagi menangani punca pencemaran termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut, selain mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan kejadian jerebu berulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMasalah jerebu tidak seharusnya hanya diberikan perhatian apabila keadaan bertambah buruk. Pencegahan, pemantauan awal dan kerjasama serantau perlu bergerak seiring.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesihatan, keselamatan dan nyawa rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan digesa mengambil tindakan proaktif bagi menangani risiko jerebu serta kemerosotan kualiti udara yang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":39923,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-39922","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39922","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39922"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39922\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39924,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39922\/revisions\/39924"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39923"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39922"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39922"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39922"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}