{"id":40164,"date":"2026-10-02T17:20:13","date_gmt":"2026-10-02T09:20:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40164"},"modified":"2026-10-02T17:20:21","modified_gmt":"2026-10-02T09:20:21","slug":"glc-sabah-perlu-perkukuh-integriti-tadbir-urus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/glc-sabah-perlu-perkukuh-integriti-tadbir-urus\/","title":{"rendered":"GLC Sabah perlu perkukuh integriti, tadbir urus"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah perlu terus memperkukuh integriti dan tadbir urus bagi memastikan amanah serta sumber negeri diurus secara telus, berakauntabiliti dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman berkata, GLC merupakan antara jentera utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta menterjemahkan agenda Sabah Maju Jaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, GLC perlu memberi perhatian terhadap prestasi kewangan dan kemampanan, pengurusan risiko, ketelusan, pematuhan serta akauntabiliti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTadbir urus yang berintegriti adalah tiang seri kepada kejayaan dan kelangsungan sesebuah organisasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKepercayaan pemegang taruh dan rakyat adalah aset paling bernilai yang wajib kita pelihara bersama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penasihat Integriti Menteri, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Awang Samsul Baharam Bungsu pada majlis penutupan Konvensyen Pengukuhan Unit Integriti dan Governans (IGU) GLC Negeri Sabah 2026 di Dewan Qhazanah Sabah, Menara Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konvensyen selama dua hari bertemakan \u2018IGU Kukuh, GLC Unggul\u2019 itu menghimpunkan 114 peserta secara fizikal daripada GLC, badan berkanun negeri serta anak syarikat berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zainudin berkata, IGU tidak seharusnya dilihat sekadar melengkapkan struktur organisasi, sebaliknya memainkan fungsi strategik dalam mengesan dan mengurus risiko.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, unit berkenaan turut berperanan memberikan pandangan profesional, melaksanakan pemantauan serta memastikan saluran pelaporan bebas dan telus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menyeru kepimpinan GLC memberikan sokongan, kerjasama dan ruang sewajarnya kepada IGU bagi membolehkan tanggungjawab dilaksanakan dengan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang konvensyen, peserta mengikuti pengisian berkaitan punca kuasa dan mekanisme IGU, empat fungsi teras serta tatacara pelaksanaannya, salah laku dan siasatan dalaman serta Agency Integrity Management System (AIMS).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program berkenaan dianjurkan bersama Pejabat Penasihat Integriti Menteri (PIM), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Qhazanah Sabah Berhad dan Kumpulan Sawit Kinabalu dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penganjur berharap konvensyen itu menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam kalangan GLC Negeri Sabah bagi memperkukuh integriti dan tadbir urus demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah perlu terus memperkukuh integriti dan tadbir urus bagi memastikan amanah serta sumber&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40165,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40166,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40164\/revisions\/40166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}