{"id":40186,"date":"2026-10-03T17:51:55","date_gmt":"2026-10-03T09:51:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40186"},"modified":"2026-10-03T17:52:08","modified_gmt":"2026-10-03T09:52:08","slug":"mustapha-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-hotspot-banjir-di-sepanggar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mustapha-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-hotspot-banjir-di-sepanggar\/","title":{"rendered":"Mustapha cadang jawatankuasa khas tangani hotspot banjir di Sepanggar"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU<\/strong> \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi menangani masalah banjir kilat khususnya di kawasan hotspot sekitar Parlimen Sepanggar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selepas pemantauan awal mendapati aspek penyelenggaraan termasuk sistem perparitan perlu diberi perhatian secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, beberapa kejadian banjir turut membabitkan kawasan berhampiran projek pembinaan jalan dan infrastruktur lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemua agensi kena peka supaya penyelenggaraan dibuat secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya akan cadangkan kepada Datuk Bandar supaya ada jawatankuasa khas diwujudkan, terutama bagaimana kita menyelenggara parit-parit di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot banjir,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pekan Menggatal pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata, kejadian banjir kilat sejak kebelakangan ini melibatkan beberapa kawasan dalam Parlimen Sepanggar termasuk Karambunai, Inanam dan Darau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, hujan pada minggu lalu lebih tertumpu di Karambunai sehingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat, manakala kejadian terbaru turut menjejaskan Inanam dan Darau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita harap dengan usaha ini, kita dapat meminimumkan banjir kilat dan juga tanah runtuh di kawasan-kawasan hotspot,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, Mustapha berkata, proses pendaftaran mangsa banjir di Parlimen Sepanggar masih berlangsung dan dilanjutkan sehingga jam 4 petang Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri disalurkan kepada mangsa yang benar-benar terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLaporan mesti disertakan dengan laporan polis dan juga disahkan oleh ketua kampung ataupun pengerusi JKK.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahu data yang kita ada ini tepat dan sumbangan disampaikan kepada mangsa banjir yang memang terkesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, proses pengesahan turut melibatkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), ketua kampung, pengerusi JKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, tumpuan diberikan terutama kepada mangsa yang kediaman mereka dimasuki air sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jumlah keseluruhan mangsa pula belum dimuktamadkan berikutan proses pendaftaran dan pengesahan masih berjalan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40187,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40186"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40186\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40188,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40186\/revisions\/40188"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}