{"id":40214,"date":"2026-10-05T06:33:30","date_gmt":"2026-10-04T22:33:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40214"},"modified":"2026-10-05T06:33:33","modified_gmt":"2026-10-04T22:33:33","slug":"dua-laporan-polis-tidak-tentukan-konsert-gospel-salah-di-sisi-undang-undang-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dua-laporan-polis-tidak-tentukan-konsert-gospel-salah-di-sisi-undang-undang-madius\/","title":{"rendered":"Dua laporan polis tidak tentukan konsert gospel salah di sisi undang-undang \u2013 Madius"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Kewujudan dua laporan polis berhubung cadangan penganjuran konsert gospel Kristian tidak seharusnya secara automatik menentukan nasib acara berkenaan sekiranya semua keperluan undang-undang dan peraturan dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden Kehormat UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, laporan polis merupakan maklumat yang perlu dinilai pihak berkuasa dan bukannya bukti bahawa sesuatu kesalahan telah berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Ahli Parlimen Tuaran merangkap ADUN Tamparuli itu, siasatan juga merupakan proses mendapatkan fakta dan tidak boleh dianggap sebagai penentuan bersalah terhadap mana-mana pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLaporan polis bukan siasatan, siasatan bukan bukti bersalah dan penilaian keselamatan bukan bukti sesuatu itu menyalahi undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTindakan penguatkuasaan atau pendakwaan mesti berdasarkan undang-undang, fakta serta bukti berkaitan, bukan semata-mata kerana wujud laporan, tekanan awam atau kontroversi,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Madius berkata, Pesuruhjaya Polis Sabah pada 28 September lalu dilaporkan memaklumkan dua laporan diterima berhubung konsert berkenaan, namun ketika itu tiada kertas siasatan dibuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut merujuk kes berasingan membabitkan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said mengenai seorang paderi dan biarawati yang menyaksikan polis menerima 86 laporan serta membuka siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, jumlah laporan polis tidak boleh digunakan secara bersendirian untuk menentukan sama ada berlaku layanan berbeza kerana setiap kes mungkin membabitkan fakta, undang-undang, bukti dan pertimbangan keselamatan berlainan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan di sisi undang-undang dan setiap laporan perlu dinilai berdasarkan fakta tanpa mengira fahaman politik, agama atau komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Madius berkata, memandangkan acara dicadangkan merupakan perhimpunan gospel Kristian, sebarang sekatan juga boleh melibatkan kebebasan menganut dan mengamalkan agama sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, katanya, kebebasan berkenaan tidak mengecualikan penganjur daripada mematuhi semua keperluan berkaitan pelesenan, imigresen, lokasi, keselamatan dan pengurusan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan sebarang keputusan untuk mengenakan syarat, menangguhkan atau melarang acara perlu mempunyai asas undang-undang serta berdasarkan risiko keselamatan atau ketenteraman awam yang khusus dan boleh dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Madius menggesa polis dan pihak berkuasa berkaitan menjelaskan status semasa serta asas umum tindakan dalam kedua-dua perkara setakat yang dibenarkan undang-undang tanpa menjejaskan siasatan atau keselamatan operasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat Sabah berhak mendapat satu standard penguatkuasaan undang-undang berasaskan bukti yang dilaksanakan secara tidak berat sebelah, tanpa memihak kepada politik atau prejudis agama,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kewujudan dua laporan polis berhubung cadangan penganjuran konsert gospel Kristian tidak seharusnya secara automatik menentukan nasib acara berkenaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":36777,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40214","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40214","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40214"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40214\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40215,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40214\/revisions\/40215"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36777"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40214"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40214"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40214"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}