{"id":40239,"date":"2026-10-06T06:14:27","date_gmt":"2026-10-05T22:14:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40239"},"modified":"2026-10-06T06:14:33","modified_gmt":"2026-10-05T22:14:33","slug":"berapa-ramai-lagi-murid-perlu-jadi-mangsa-tham","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/berapa-ramai-lagi-murid-perlu-jadi-mangsa-tham\/","title":{"rendered":"Berapa ramai lagi murid perlu jadi mangsa? \u2013 Tham"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> \u201cBerapa ramai lagi anak-anak perlu kehilangan nyawa sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui masalah ini sudah mencapai tahap krisis?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu persoalan dibangkitkan ADUN Likas, Tham Yun Fook susulan kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tham berkata, beliau sedih dan kecewa dengan pendedahan bahawa lokasi pelajar berkenaan ditemui dalam kawasan sekolah didakwa tidak mempunyai liputan kamera litar tertutup (CCTV), walaupun sekolah itu mempunyai sistem CCTV.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan sistem keselamatan yang sepatutnya melindungi pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApabila seorang pelajar ditemui mati dalam kawasan sekolah, persoalannya bukan lagi semata-mata siapa yang akan disiasat, tetapi mengapa sistem keselamatan yang sepatutnya melindungi pelajar gagal berfungsi?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMengapa kawasan berpotensi berisiko tidak mempunyai liputan CCTV dan mengapa sistem pemantauan tidak dapat mengesan kejadian lebih awal?\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tham yang juga bekas pegawai kanan pendidikan berkata, beberapa kejadian membabitkan buli, penderaan, keganasan dan kematian pelajar memerlukan tindakan lebih menyeluruh, bukan sekadar penambahbaikan prosedur selepas sesuatu kejadian berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mengulangi cadangan supaya <strong>Jawatankuasa Bipartisan Menangani Buli dan Keselamatan Pelajar<\/strong> diwujudkan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, jawatankuasa itu perlu membabitkan KPM, pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), wakil rakyat kerajaan dan pembangkang serta pertubuhan masyarakat sivil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tham turut mendesak KPM melaksanakan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua sekolah dan asrama di seluruh negara, selain memastikan sebarang kecuaian dikenal pasti dan dipertanggungjawabkan melalui proses sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNyawa pelajar bukan harga yang perlu dibayar akibat kegagalan sistem.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSeorang anak sudah kehilangan nyawa. Jangan biarkan lebih ramai lagi menjadi mangsa,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: \u201cBerapa ramai lagi anak-anak perlu kehilangan nyawa sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui masalah ini sudah mencapai tahap krisis?\u201d&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":34622,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40239"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40240,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40239\/revisions\/40240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}