{"id":40258,"date":"2026-10-06T16:36:54","date_gmt":"2026-10-06T08:36:54","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40258"},"modified":"2026-10-06T16:37:03","modified_gmt":"2026-10-06T08:37:03","slug":"grs-sasar-lebih-15-kerusi-parlimen-pada-pru-akan-datang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-sasar-lebih-15-kerusi-parlimen-pada-pru-akan-datang\/","title":{"rendered":"GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen pada PRU akan datang"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU \u2013<\/strong> Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk memenangi lebih 15 daripada keseluruhan 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memperkukuh suara negeri di peringkat Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, simulasi berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menunjukkan gabungan itu secara atas kertas berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun katanya, GRS menyasarkan pencapaian lebih besar daripada angka berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau kita lihat dari segi kiraan simulasi DUN yang lepas, GRS <em>on paper<\/em> boleh menang dalam 14 hingga 15 kerusi Parlimen. Tetapi kita mahu lebih daripada itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahu suara Sabah melalui GRS mempunyai jumlah kerusi yang jauh lebih besar,\u201d katanya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di sini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Armizan berkata, strategi gabungan itu termasuk mempertahankan sokongan sedia ada di kawasan yang mencatat prestasi kukuh pada PRN lalu serta memperluaskan sokongan ke kawasan Parlimen lain yang berpotensi dimenangi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pemilihan calon turut menjadi faktor penting selepas pengalaman PRN menunjukkan aspek calon boleh menang atau <em>winnable candidate<\/em> tidak boleh diketepikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, GRS kini mempunyai tujuh Ahli Parlimen susulan penyertaan UPKO yang mempunyai dua wakil di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kekuatan lebih besar di Parlimen penting bagi memastikan wakil Sabah mampu membawa suara negeri secara lebih tersusun dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau 25 kerusi Parlimen Sabah diisi oleh wakil yang berpecah dan tidak boleh membawa <em>one voice<\/em>, suara kita tidak akan sekuat dan sesolid yang kita mahukan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Armizan mengumumkan Konvensyen GRS 2026 akan diadakan pada 18 Oktober ini di Dewan Tun Mustafa, Kudat dengan penyertaan kira-kira 2,500 peserta daripada enam parti komponen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesyuarat berkenaan turut membincangkan Belanjawan Sabah 2027 dengan parti-parti komponen diberi ruang mengemukakan cadangan mengenai keutamaan pembangunan dan perbelanjaan negeri.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk memenangi lebih 15 daripada keseluruhan 25 kerusi Parlimen di Sabah pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40259,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-40258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40258"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40260,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40258\/revisions\/40260"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40259"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}