{"id":40299,"date":"2026-10-08T12:51:48","date_gmt":"2026-10-08T04:51:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40299"},"modified":"2026-10-08T12:53:28","modified_gmt":"2026-10-08T04:53:28","slug":"kerajaan-perkasa-media-tempatan-dana-inovasi-media-tawar-sehingga-rm300000-setiap-projek","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-perkasa-media-tempatan-dana-inovasi-media-tawar-sehingga-rm300000-setiap-projek\/","title":{"rendered":"Kerajaan perkasa media tempatan, Dana Inovasi Media tawar sehingga RM300,000 setiap projek"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Kerajaan komited memperkukuh ekosistem media tempatan menerusi Dana Inovasi Media dengan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi setiap projek untuk membantu organisasi media menghadapi cabaran perubahan landskap digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, peruntukan keseluruhan RM30 juta yang disediakan sejak tahun lalu bertujuan membantu syarikat media arus perdana dan portal berita dalam talian memodenkan infrastruktur serta meningkatkan keupayaan operasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, permohonan terbuka kepada syarikat media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan memenuhi syarat kelayakan, termasuk mempunyai Kad Perakuan Media (e-Media Kad).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi, syarikat media boleh mohon, tetapi kena berdaftar dengan Jabatan Penerangan,\u201d katanya ketika menjadi tetamu program audio siar <em>Jangan Kecam<\/em> yang dikendalikan Nazz Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pengiklanan tradisional merosot<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fahmi berkata, industri media tempatan kini berdepan cabaran besar apabila pengguna semakin beralih daripada televisyen, radio dan akhbar kepada peranti mudah alih serta platform digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, nilai pengiklanan tradisional yang sebelum ini mencecah RM4 bilion hingga RM4.5 bilion setahun kini merosot kepada kira-kira RM2 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, sebahagian besar perbelanjaan pengiklanan kini mengalir terus kepada platform antarabangsa seperti TikTok, Facebook dan YouTube.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan itu, katanya, memberi tekanan kepada kelangsungan operasi organisasi media tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fahmi menegaskan media tradisional dan portal berita tempatan perlu terus diperkasakan supaya penyebaran maklumat negara tidak bergantung sepenuhnya kepada platform asing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Galak inovasi, tarik pembaca muda<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Dana Inovasi Media turut memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan kreatif dan inovatif bagi menarik minat generasi muda, khususnya Gen Z dan Gen Alpha.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembiayaan yang ditawarkan merangkumi latihan kemahiran baharu, pembelian peralatan, lesen perisian serta penyelidikan dan pembangunan kandungan menggunakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, agensi kerajaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diminta membantu organisasi media yang layak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan daya saing, kemampanan dan keupayaan organisasi media tempatan menyesuaikan operasi dengan perkembangan teknologi serta perubahan corak penggunaan berita.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memperkukuh ekosistem media tempatan menerusi Dana Inovasi Media dengan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi setiap projek untuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":40300,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40301,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40299\/revisions\/40301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}