{"id":40302,"date":"2026-10-08T14:22:56","date_gmt":"2026-10-08T06:22:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40302"},"modified":"2026-10-08T14:23:09","modified_gmt":"2026-10-08T06:23:09","slug":"jangan-ada-pilih-bulu-dalam-perang-dadah-aliakbar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-ada-pilih-bulu-dalam-perang-dadah-aliakbar\/","title":{"rendered":"Jangan ada pilih bulu dalam perang dadah \u2013 Aliakbar"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Jangan kerana wang, undang-undang boleh dibeli. Jangan kerana pengaruh, kesalahan boleh ditutup dan jangan kerana kedudukan, seseorang boleh berdiri di atas undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu amaran Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah mesti dilaksanakan secara tegas, adil serta tanpa tindakan terpilih atau dwistandard.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, isu berkenaan bukan sekadar membabitkan jenayah, sebaliknya turut mengancam keselamatan rakyat, masa depan generasi muda dan pembangunan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, PAS Sabah memandang serius kenyataan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berhubung kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang semakin membimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDadah tidak mengenal darjat, pangkat dan kedudukan. Justeru, usaha membanterasnya mesti dilaksanakan dengan tegas, menyeluruh, adil dan tanpa memilih bulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak boleh ada golongan yang kebal hanya kerana mempunyai wang, pengaruh atau kedudukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUndang-undang mesti berdiri tegak untuk semua, bukan keras kepada yang lemah tetapi lunak kepada mereka yang mempunyai pengaruh,\u201d katanya dalam kenyataan media, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, kuasa diberikan kepada mana-mana pihak adalah amanah dan bukannya lesen untuk melindungi individu tertentu daripada tindakan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa atau perlindungan terhadap sindiket pengedaran dadah, sekiranya wujud, perlu disiasat secara telus tanpa mengira pangkat atau kedudukan individu terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cCukup-cukuplah dengan rasuah. Jangan kerana wang, undang-undang boleh dibeli.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan kerana pengaruh, kesalahan boleh ditutup. Jangan kerana kedudukan, seseorang boleh berdiri di atas undang-undang,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Sindiket dadah tidak boleh dilindungi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aliakbar berkata, usaha memerangi dadah tidak boleh tertumpu kepada penangkapan pengedar di jalanan semata-mata, sebaliknya perlu membanteras keseluruhan rangkaian termasuk pihak yang mungkin berselindung di sebalik kuasa dan pengaruh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, selagi wujud ruang untuk rasuah dan salah guna kuasa, sindiket dadah akan terus mencari peluang menjalankan kegiatan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah tidak boleh menjadi tanah subur kepada kegiatan dadah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetiap ruang yang memungkinkan sindiket berkembang mesti ditutup dan setiap kelemahan dalam sistem penguatkuasaan mesti diperbaiki,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengingatkan bahawa penyalahgunaan dadah boleh menyumbang kepada peningkatan jenayah, vandalisme serta kerosakan kemudahan awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerosakan jalan raya, lampu awam, kemudahan rekreasi dan infrastruktur lain akhirnya menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan tambahan untuk kerja pembaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan itu, menurutnya, boleh menjejaskan peruntukan yang sepatutnya digunakan bagi pembangunan sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan asas dan kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Jangan biar dadah rampas masa depan anak Sabah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aliakbar berkata, generasi muda tidak seharusnya menjadi mangsa kepada pihak yang mengaut keuntungan daripada kegiatan pengedaran dadah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAnak-anak muda sepatutnya membina masa depan Sabah, bukan menjadi korban kepada kerakusan mereka yang menjadikan dadah sebagai lubuk keuntungan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan dan semua agensi penguatkuasaan memastikan usaha membanteras dadah bebas daripada campur tangan tidak wajar, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, rakyat mahu melihat penguatkuasaan yang bersih dan keadilan dilaksanakan secara saksama tanpa mengira latar belakang seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApabila kuasa disalahgunakan, amanah menjadi pengkhianatan. Apabila rasuah berleluasa, undang-undang menjadi dagangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApabila dwistandard berakar, kepercayaan rakyat akan rebah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan biarkan wang membeli keadilan, jangan biarkan kuasa membungkam kebenaran dan jangan biarkan dadah merampas masa depan anak-anak Sabah,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Jangan kerana wang, undang-undang boleh dibeli. Jangan kerana pengaruh, kesalahan boleh ditutup dan jangan kerana kedudukan, seseorang boleh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40303,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40302","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40302"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40304,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40302\/revisions\/40304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}