{"id":40305,"date":"2026-10-08T17:09:55","date_gmt":"2026-10-08T09:09:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40305"},"modified":"2026-10-08T17:09:59","modified_gmt":"2026-10-08T09:09:59","slug":"penolong-pegawai-ehwal-ekonomi-mengaku-tidak-bersalah-atas-14-pertuduhan-tuntutan-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penolong-pegawai-ehwal-ekonomi-mengaku-tidak-bersalah-atas-14-pertuduhan-tuntutan-palsu\/","title":{"rendered":"Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan tuntutan palsu"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SANDAKAN<\/strong>: Seorang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pada Khamis atas 14 pertuduhan menggunakan dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan RM15,288.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tertuduh, Nur Izzati Mohd Rudzuan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Andi Razalijaya A Dadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan beberapa invois bagi tuntutan pembekalan barangan dan perkhidmatan yang mengandungi butiran palsu dengan tujuan mengelirukan pihak yang mempunyai kepentingan terhadap dokumen berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara tuntutan terbabit ialah pembekalan hadiah, cenderahati, hamper, makanan dan minuman, perkhidmatan sistem PA serta pelbagai barangan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembekalan dan perkhidmatan berkenaan didakwa tidak dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam invois berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan antara Ogos hingga September 2023 dan April hingga Mei 2024.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan invois bertarikh 4 April 2024 berjumlah RM1,500 bagi pembekalan hadiah dan cenderahati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertuduhan lain turut membabitkan tuntutan pembekalan hamper, perkhidmatan sistem PA, makanan laut kering, makanan sejuk beku serta pelbagai produk makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang berkaitan dengan kesalahan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta seorang penjamin tempatan bagi semua pertuduhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di mana-mana pejabat SPRM sekali setiap bulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, tertuduh diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan tidak dibenarkan keluar negara tanpa kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala tertuduh diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahkamah menetapkan <strong>5 November 2026 untuk sebutan semula dan pengurusan kes praperbicaraan<\/strong>, sementara perbicaraan ditetapkan pada <strong>1 hingga 5 Februari 2027<\/strong>.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Seorang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40306,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-40305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40307,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40305\/revisions\/40307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}