{"id":40311,"date":"2026-10-08T18:44:51","date_gmt":"2026-10-08T10:44:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40311"},"modified":"2026-10-08T18:44:56","modified_gmt":"2026-10-08T10:44:56","slug":"14-remaja-ditahan-kes-rusuhan-bersenjata-di-tawau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/14-remaja-ditahan-kes-rusuhan-bersenjata-di-tawau\/","title":{"rendered":"14 remaja ditahan kes rusuhan bersenjata di Tawau"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU<\/strong>: Seramai 14 remaja lelaki berusia antara 12 hingga 14 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan menggunakan senjata yang melibatkan sekumpulan pelajar di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, semua remaja terbabit ditahan pada Rabu hasil tindakan mengesan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan itu kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar sebelum berlaku pergaduhan yang kemudiannya melibatkan beberapa pelajar lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakaman video kejadian yang tular di media sosial turut membantu polis mengenal pasti individu serta peranan masing-masing,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 dan sebuah basikal berwarna hitam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, seorang daripada remaja yang ditahan dikenal pasti sebagai warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959\/63.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan penglibatan serta peranan setiap individu yang ditahan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, polis turut mendapatkan rakaman video asal kejadian, merakam percakapan saksi dan individu yang ditahan serta mendapatkan laporan perubatan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pihak polis juga menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau bagi membantu melengkapkan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Rosdi memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan merusuh, menyerang individu lain atau menggunakan objek sebagai senjata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPolis memandang serius kejadian ini dan tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIbu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergaulan serta tingkah laku anak-anak mereka bagi mengelakkan penglibatan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPara pelajar juga diingatkan supaya tidak terbabit dalam pergaduhan, melakukan provokasi atau menyertai kumpulan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri menerusi talian <a href=\"tel:016-918%209402\"><strong>016-918 9402<\/strong><\/a> atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Seramai 14 remaja lelaki berusia antara 12 hingga 14 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan menggunakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40312,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40311","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40311","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40311"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40311\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40313,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40311\/revisions\/40313"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40312"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40311"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40311"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40311"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}