{"id":40328,"date":"2026-10-09T11:32:35","date_gmt":"2026-10-09T03:32:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40328"},"modified":"2026-10-09T11:35:39","modified_gmt":"2026-10-09T03:35:39","slug":"kpdn-serbu-tiga-premis-rampas-27495-pek-daun-terup-tiruan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kpdn-serbu-tiga-premis-rampas-27495-pek-daun-terup-tiruan\/","title":{"rendered":"KPDN serbu tiga premis, rampas 27,495 pek daun terup tiruan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SANDAKAN<\/strong>: Sebanyak 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan bernilai RM55,079.20 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam serbuan serentak di tiga premis perniagaan sekitar daerah ini, Rabu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari itu, tiga pasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Sandakan digerakkan bagi membanteras kegiatan penjualan barangan yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Sandakan, Joe Azmi Jamil berkata, serbuan berkenaan turut disertai wakil pemilik cap dagangan bagi membantu mengesahkan ketulenan barangan yang diperiksa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHasil pemeriksaan di tiga premis berasingan, sebanyak 27,495 pek daun terup disyaki tiruan disita dengan nilai keseluruhan RM55,079.20.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSusulan operasi itu, tiga kes dibuka untuk siasatan lanjut mengikut Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815),\u201d katanya dalam kenyataan, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Joe Azmi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang terbabit dalam kegiatan menjual atau mengedar barangan tiruan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, peniaga perlu memastikan setiap barangan berjenama yang dijual diperoleh daripada pembekal sah bagi mengelakkan tindakan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPara peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memastikan barangan yang dipasarkan tidak melanggar hak cap dagangan pihak lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan tiruan atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi kesalahan berulang, hukuman meningkat kepada denda maksimum RM20,000 bagi setiap barangan atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, syarikat yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan berikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Joe Azmi berkata, KPDN Sandakan akan terus mempergiat pemeriksaan dan operasi bagi membanteras penjualan barangan tiruan yang boleh mengelirukan pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu boleh menghubungi KPDN menerusi WhatsApp <a href=\"tel:019-848%208000\">019-848 8000<\/a> atau talian <a href=\"tel:1-800-886-800\">1-800-886-800<\/a>.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Sebanyak 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan bernilai RM55,079.20 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40329,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40328","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40328"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40331,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40328\/revisions\/40331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40329"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}