{"id":40345,"date":"2026-10-09T19:29:25","date_gmt":"2026-10-09T11:29:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40345"},"modified":"2026-10-09T19:29:30","modified_gmt":"2026-10-09T11:29:30","slug":"tiga-suspek-lari-ke-paya-bakau-apmm-rampas-arak-rm270000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiga-suspek-lari-ke-paya-bakau-apmm-rampas-arak-rm270000\/","title":{"rendered":"Tiga suspek lari ke paya bakau, APMM rampas arak RM270,000"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>LABUAN:<\/strong> Tiga individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman keras melarikan diri ke kawasan paya bakau selepas kegiatan mereka dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Sungai Melikai, Menumbok, Sabah, awal pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam operasi kira-kira jam 1.45 pagi itu, APMM merampas kira-kira 600 karton minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM270,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Izwanhadi Idros berkata, operasi dijalankan susulan maklumat risikan mengenai pergerakan barangan yang disyaki tidak mendapat pelepasan kastam dari perairan Labuan menuju ke Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, bot peronda APMM, Penggalang 24, mengesan sebuah bot kargo membawa tiga individu sebelum mengekori pergerakan bot berkenaan menuju ke Menumbok.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBot itu kemudian dikesan berlabuh di sebuah lokasi pendaratan haram yang disyaki di jeti Sungai Kampung Melikai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSusulan itu, serbuan dijalankan di darat dengan bantuan anggota bot peronda bagi memeriksa bot kargo berkenaan,\u201d katanya kepada Bernama, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Izwanhadi berkata, ketiga-tiga individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, usaha mengesan mereka gagal berikutan keadaan cuaca dan bentuk muka bumi yang menyukarkan operasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHasil pemeriksaan menemukan kira-kira 200 karton minuman keras di dalam bot kargo, manakala dua lori yang berada di lokasi membawa kira-kira 400 karton minuman keras pelbagai jenama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJumlah keseluruhan rampasan membabitkan kira-kira 600 karton dengan anggaran nilai RM270,000,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, semua barangan yang dirampas disita mengikut Akta Kastam 1967 sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Izwanhadi menegaskan, APMM akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan, khususnya di perairan Labuan dan kawasan berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, orang ramai termasuk komuniti maritim digesa menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu pihak berkuasa membendung jenayah maritim.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LABUAN: Tiga individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman keras melarikan diri ke kawasan paya bakau selepas kegiatan mereka&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40346,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40345","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40345","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40345"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40345\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40347,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40345\/revisions\/40347"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40345"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40345"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40345"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}