{"id":40374,"date":"2026-10-10T19:08:16","date_gmt":"2026-10-10T11:08:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40374"},"modified":"2026-10-10T19:08:23","modified_gmt":"2026-10-10T11:08:23","slug":"baru-sehari-tular-jalan-berlubang-di-tuaran-bypass-sudah-dibaiki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/baru-sehari-tular-jalan-berlubang-di-tuaran-bypass-sudah-dibaiki\/","title":{"rendered":"Baru sehari tular, jalan berlubang di Tuaran Bypass sudah dibaiki"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Belum pun reda isu jalan berlubang yang tular di media sosial, kerosakan di Jalan Bulan, Tuaran Bypass dilaporkan sudah dibaiki, hanya sehari selepas seorang pengguna TikTok membangkitkan masalah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkembangan itu dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai <strong>Boss Saiful<\/strong> menerusi satu lagi rakaman video yang memaparkan keadaan laluan berkenaan selepas kerja pembaikan dipercayai dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi hantaran terbaharunya, Boss Saiful meluahkan rasa gembira apabila aduan yang disuarakannya mendapat perhatian sehingga kerosakan jalan itu dibaiki dalam tempoh singkat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKuasa viral guys. Baru jak kemarin saya post pasal tu lubang, hari ni diorang repair sudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan kamu malu-malu mau rakam video kasih viral kalau untuk kebaikan semua,\u201d katanya menerusi hantaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Boss Saiful memuat naik video memaparkan beberapa lubang besar yang dipenuhi air serta permukaan jalan rosak di Jalan Bulan, Tuaran Bypass.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal yang berisiko mengalami kemalangan sekiranya terlanggar lubang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hantaran terdahulu, beliau turut menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengambil tindakan segera sebelum kerosakan menjadi semakin serius.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakaman terbaharu itu memperlihatkan keadaan jalan yang kelihatan lebih rata, dengan beberapa kenderaan melalui laluan terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkongsian berkenaan turut menunjukkan bagaimana media sosial menjadi antara saluran masyarakat untuk mengetengahkan masalah kemudahan awam yang memerlukan perhatian pihak berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, <strong>pihak yang melaksanakan pembaikan serta status sebenar kerja penyelenggaraan itu belum dapat disahkan secara rasmi<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai tindakan pembaikan di lokasi berkenaan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Belum pun reda isu jalan berlubang yang tular di media sosial, kerosakan di Jalan Bulan, Tuaran Bypass dilaporkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40375,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40376,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40374\/revisions\/40376"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40375"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}