{"id":40391,"date":"2026-10-11T11:05:55","date_gmt":"2026-10-11T03:05:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40391"},"modified":"2026-10-11T11:05:58","modified_gmt":"2026-10-11T03:05:58","slug":"hari-kesihatan-2026-terima-sambutan-menggalakkan-warga-emas-rebut-peluang-jalani-pemeriksaan-percuma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hari-kesihatan-2026-terima-sambutan-menggalakkan-warga-emas-rebut-peluang-jalani-pemeriksaan-percuma\/","title":{"rendered":"Hari kesihatan 2026 terima sambutan menggalakkan, warga emas rebut peluang jalani pemeriksaan percuma"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KOTA KINABALU: Golongan warga emas antara yang hadir memanfaatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena Hari Kesihatan 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Damai, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program anjuran Persatuan Wanita Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Likas itu menyaksikan kehadiran orang ramai sejak pagi bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas, Glena Wong, berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan, khususnya dalam kalangan warga emas yang semakin menyedari kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan semakin meningkat. Kita gembira melihat ramai warga emas mengambil peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cProgram seperti ini bukan sahaja membantu masyarakat mengetahui tahap kesihatan masing-masing, malah menggalakkan amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan asas, saringan gula dan kolesterol, tekanan darah, mata, pergigian serta kesihatan wanita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program bertemakan \u2018Sihat Bersama, Keluarga Sejahtera\u2019 itu turut menawarkan vaksin influenza percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Glena berkata, kerjasama antara Persatuan Wanita Sabah dan UPPM Likas merupakan usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesihatan rakyat perlu sentiasa diberi keutamaan kerana masyarakat yang sihat menjadi asas kepada pembentukan keluarga sejahtera dan komuniti yang produktif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya lebih ramai penduduk, khususnya golongan warga emas dan keluarga berpendapatan rendah, mendapat manfaat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, petugas kesihatan, sukarelawan dan semua organisasi yang menjayakan program berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Golongan warga emas antara yang hadir memanfaatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena Hari Kesihatan 2026 yang berlangsung&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40392,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40393,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391\/revisions\/40393"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40392"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}